Lirik Keluhan Perantau oleh Dato Jamal Abdillah
Dato Jamal Abdillah |
SR suka dengan starting lagu ni. Bila dengar, macam tengah duduk tepi tingkap yang terbuka masa bas sedang bergerak. Rambut mengerbang-ngerbang kena tiup angin, pipi sejuk aje...
Ha macam tu lah feeling dia gais. Suara Dato Jamal yang jadi Juara Bintang RTM tahun 1979 ni kan, memang tak dapat disangkal kemerduannya kan. Menyanyi pun penuh dengan penghayatan. Kita yang tengah tak merantau, tengah tak sedih ni pun, terasa sedih. Haha!
Enjoy lah lagu yang SR letak videonya di bawah ini ya. Banyak benda nak cerita, tapi sibuk (tak habis-habis!) lagi buat masa ni. Alhamdulillah, habis dah semester Oktober 2022 - Feb 2023 punya minggu perkuliahan.
Tadi ada satu test, SR tak tanda lagi. Harap semua dapat jawab dengan baik. Moga berjaya semua mereka, sebab mereka lah yang akan jadi pegawai-pegawai dalam negara kita lagi 4, 5 tahun. Hehe...
Lirik Keluhan Perantau oleh Dato Jamal Abdillah
Angin senja yang membelaiKeheningan desa permaiKu terkenang kemesraanmuDi dalam oh rinduku
Ku kembara berkelanaDan membawa hati lukaDi manakah kan ku temuiSinaran cinta suci
Dari desa ku merantauKu memburu cita-citaWalau apa rintangannyaKu cuba mencari bahgia
Keluhanku di rantauanTak siapa mendengarkanMungkin esok kan ku temuiSinaran cinta suci
Dari desa ku merantauKu memburu cita-citaWalau apa rintangannyaKu cuba mencari bahgia
Keluhanku di rantauanTak siapa mendengarkanMungkin esok kan ku temuiSinaran cinta suci
8 Comments
wah dapat pic dato jamal era travolta tu
ReplyDeletesetuju lah kata SR, kalau akak bila dgr lagu ni... rasa mcm tgh baring atas rumput sambil layan awan waktu petang... santai je gitu
ReplyDeleteMemang minat sungguh dengan sore Jamal ini. Nak-nak layan tengah malam. Syahdu..
ReplyDeleteSteady jamal... Oh... dia dah dato eh?
ReplyDeletesaya bila dengar lagu ni rasa macam naik keretapi
ReplyDelete15 tahun dulu ada sorang kawan buat ringtone hp dia lagu ni..
ReplyDeleteSekarang asal dengar intro lagu ni akan ingat kat dia..huhuhu
Suara Dato’ Jamal memang best SR. Layan perasaan je bila dgr. ;)
ReplyDeleteLirik lagu pun menenangkan ..apatah lgi kalau dengar alunan muzik dan lagu
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)