Lagu dan Lirik Keluhan Perantau - Jamal Abdillah

 Lirik Keluhan Perantau oleh Dato Jamal Abdillah

Dato Jamal Abdillah

SR suka dengan starting lagu ni. Bila dengar, macam tengah duduk tepi tingkap yang terbuka masa bas sedang bergerak. Rambut mengerbang-ngerbang kena tiup angin, pipi sejuk aje... 

Ha macam tu lah feeling dia gais. Suara Dato Jamal yang jadi Juara Bintang RTM tahun 1979 ni kan, memang tak dapat disangkal kemerduannya kan. Menyanyi pun penuh dengan penghayatan. Kita yang tengah tak merantau, tengah tak sedih ni pun, terasa sedih. Haha!

Enjoy lah lagu yang SR letak videonya di bawah ini ya. Banyak benda nak cerita, tapi sibuk (tak habis-habis!) lagi buat masa ni. Alhamdulillah, habis dah semester Oktober 2022 - Feb 2023 punya minggu perkuliahan. 

Tadi ada satu test, SR tak tanda lagi. Harap semua dapat jawab dengan baik. Moga berjaya semua mereka, sebab mereka lah yang akan jadi pegawai-pegawai dalam negara kita lagi 4, 5 tahun. Hehe...


Lirik Keluhan Perantau oleh Dato Jamal Abdillah

Angin senja yang membelaiKeheningan desa permaiKu terkenang kemesraanmuDi dalam oh rinduku
Ku kembara berkelanaDan membawa hati lukaDi manakah kan ku temuiSinaran cinta suci
Dari desa ku merantauKu memburu cita-citaWalau apa rintangannyaKu cuba mencari bahgia
Keluhanku di rantauanTak siapa mendengarkanMungkin esok kan ku temuiSinaran cinta suci
Dari desa ku merantauKu memburu cita-citaWalau apa rintangannyaKu cuba mencari bahgia
Keluhanku di rantauanTak siapa mendengarkanMungkin esok kan ku temuiSinaran cinta suci

Post a Comment

8 Comments

  1. wah dapat pic dato jamal era travolta tu

    ReplyDelete
  2. setuju lah kata SR, kalau akak bila dgr lagu ni... rasa mcm tgh baring atas rumput sambil layan awan waktu petang... santai je gitu

    ReplyDelete
  3. Memang minat sungguh dengan sore Jamal ini. Nak-nak layan tengah malam. Syahdu..

    ReplyDelete
  4. Steady jamal... Oh... dia dah dato eh?

    ReplyDelete
  5. saya bila dengar lagu ni rasa macam naik keretapi

    ReplyDelete
  6. 15 tahun dulu ada sorang kawan buat ringtone hp dia lagu ni..
    Sekarang asal dengar intro lagu ni akan ingat kat dia..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Suara Dato’ Jamal memang best SR. Layan perasaan je bila dgr. ;)

    ReplyDelete
  8. Lirik lagu pun menenangkan ..apatah lgi kalau dengar alunan muzik dan lagu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.