Kebaikan Mandi-Manda di Laut


Walaupun masih belum terbukti secara saintifik, namun adalah antara beberapa khasiat air laut untuk kesihatan:

  1. Merawat masalah kulit dan luka

Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.


Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema. Ini terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam mengandungi klorin. Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.


Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.

  1. Atasi demam dan sinus

Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay. Kebiasaannya disebabkan alahan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus.


Terdedah kepada laut dan persekitaran air laut, yang mengandungi garam, dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam hay, masalah sinus serta simptom berkaitan pernafasan yang lain.

Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara dari air laut, cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat.


  1. Khasiat air laut: Meditasi yang menenangkan

Bersenam dalam persekitaran semula jadi terbukti memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan mental. Ini kerana ia mengabungkan manfaat bersenama dengan kesan pemulihan dari alam semula jadi. Berenang di lautan juga dapat memberikan manfaat yang hampir sama. Hidroterapi (terapi air) dan berenang juga menunjukkan dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan anda lebih tenang.


Individu yang menghidapi tekanan dalam kehidupan amat disarankan untuk mendapatkan rawatan ketenangan dengan air laut. Individu yang mengalami masalah anemia juga digalakkan untuk mandi air laut kerana ia membantu menjadikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh. Sehari di pantai pasti dapat membuatkan anda tidur lebih lena dan memperbaiki emosi anda.


  1. Air laut: Terapi air sejuk

Berenang dalam suhu air yang sejuk dapat mengaktifkan reseptor suhu di bawah kulit yang melepaskan hormon seperti endorfin, adrenalin dan kortisol. Amat sesuai untuk individu yang berdepan dengan keadaan musculoskeletal – satu keadaan dengan kesakitan kronik dan rasa sensitif di keseluruhan badan, dan masalah ketidakselesaan kulit.


  1. Manfaat kesihatan: Menguatkan sistem imun

Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Jumlah sel darah putih juga meningkat dengan lebih banyakKhasiat air laut adalah ubat yang sangat baik kepada individu dengan masalah sistem imun lemah, anemia dan tahap kandungan gula dalam darah tinggi.


Post a Comment

8 Comments

  1. Wak nak mandi laut, laut jauh
    Mandi sungailah hari2

    ReplyDelete
  2. 6.1 Boleh sambil-sambil cuci mata...

    ReplyDelete
  3. sonoknya main2 pasir n mandi laut

    ReplyDelete
  4. tergelak baca komen uncle gedek hahaha

    ReplyDelete
  5. Luka mandi air laut? Adoh ... Pedih sekaleee

    ReplyDelete
  6. ingat masa anak2 kecik memang kerap bw dorang mandi laut, kan budak2 selalu kaki kudis, anak sulong ciknur sensitif kulitnya kena gigit atau binatang je abis mereba jd berkudis

    ReplyDelete
  7. No 1 tu memang Sha setuju.. Masa anak Sha alami masalah kulit, memang Sha bawa mandi laut sebagai usaha..

    ReplyDelete
  8. Ada kebaikannya juga kan selain healing melihat laut. Pernah dengar yang pertama tu merawat kulit ekzema. Tak tahulah berkesan ke tidak.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.