Bunga Kantan Percuma!

Assalamualaikum wbt


Hai hai! Apa khabar semua? Diharapkan sihat-sihat selalu. Hari ni di rumah SR cuaca terang dan baik. Seronok menikmati pagi. Terus rasa nak beli pokok hiasan tambahan letak di halaman rumah. Tengoklah kalau rajin, nak ajak zaimi pergi nursery.

Emak dan abah SR pun ada di rumah. Memang happylah SR!



Tengah duduk-duduk, tiba-tiba ada anak jiran bagi salam. Ingatkan kenapa, rupanya dia bagi 1 bouquet bunga kantan!

Best gila!
Moga murah rezeki jiran SR tu. Alhamdulillah.

Sebab kalau nak beli, mahal tau. Rasanya range harga dalam RM5 - RM8 untuk satu bunga kantan di Senawang ni. Yang setakat SR terjumpalah.

Jadi bila dapat percuma, haruslah gebang dalam blog! Kikiki...




Masak apa uolls yang sedap guna bunga kantan? Jom share share idea resepi guna bunga kantan yuk!

 

Post a Comment

7 Comments

  1. Saya teringin nak ada kebun untuk tanam pokok kantan.. Rumah saya tanga sekangkang kera ni pun saya dah tanam pokok kantan.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki di pagi minggu .
    Akk kalau ada bunga kantan buat asam pedas le... Tak pun kuah laksa 😋

    ReplyDelete
  3. Cantiknya!! Pink gitu... segar je

    Kerabu bunga kantan, nasi goreng bunga kantan, asam pedas, laksa penang... antara menu yg boleh dicampur bunga kantan

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah cantik dan besarnya!
    Dah kembang gini cantik buat hiasan.
    Kalau buat masak, sedap masuk dalam asam pedas 😋

    ReplyDelete
  5. cantiknya bunga kantan ricis halus buat sambal goreng dgn bilis syaz

    ReplyDelete
  6. rumah MIL MA ada pokok kantan ni.besar kan?
    and stok bunga kantan MA memang ada je dlm frozen tu..
    laksa, asam pedas...sedappp

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.