JAWATAN KOSONG UiTM SEPTEMBER 2023

 



UiTM adalah ringkasan untuk Universiti Teknologi MARA. Ia telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar. 

UiTM sentiasa bekerja ke arah meningkatkan nilai pengajian untuk pelajar-pelajar melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berunsur akademik dan bukan akademik di persekitaran kampus. Para pelajar dan warga UiTM digalakkan menganjur serta melibatkan diri dalam pelbagai akitiviti untuk menjana nilai kepimpinan, kerohanian, sukan/ rekreasi, patriotism, keusahawanan, khidmat masyarakat, sosial/ kebudayaan, kreatif/ inovatif, kemahiran komunikasi, dan pengantarabangsaan dalam diri para pelajar. - Laman sesawang UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan berikut:

Jawatan:  Tetap/Kontrak di: -
  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Cawangan Selangor
  • Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan INI dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan bermula 28 Ogos 2023 hingga 11 September 2023.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2023 (Isnin).

PENTING: 

1. Calon hanya boleh memohon SATU (1) JAWATAN SAHAJA daripada senarai semua jawatan akademik dan pentadbiran yang diiklankan, seperti di muka surat 2 hingga 6. 
2. Sila rujuk SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN MAKLUMAT JAWATAN seperti di Lampiran A (muka surat 7 hingga 37), sebelum memilih dan memohon jawatan yang sesuai. 
3. Sila rujuk CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN seperti di Lampiran B (muka surat 38). 
4. Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut: https://uitm.edu.my/index.php/ms/kerjaya-dengan-uitm 

Senarai jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan adalah:

1. JAWATAN: PENSYARAH UiTM (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

Bidang yang ditawarkan:

  • Bahasa Arab 
  • Bahasa Inggeris 
  • Bahasa Ketiga (Itali) 
  • Bahasa Ketiga (Jepun) 
  • Bahasa Ketiga (Jerman) 
  • Bahasa Ketiga (Korea)
  • Muamalat, Ekonomi dan Kewangan Islam 
  • Syariah dan Undang-Undang 
  • Tamadun dan Pemikiran Islam
  • Pengajian dan Pendidikan Islam
  • Pengurusan
  • Komunikasi Liberal Komunikasi Media Baharu
  • TESL
  • Ekonomi
  • Financial Accounting and Reporting 
  • System and Assurance  
  • Amalan Perundangan 
  • Undang-Undang Awam
  • Ukur Bangunan 
  • Ukur Bahan 
  • Pengurusan Pembinaan 
  • Senibina 
  • Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Pembuatan, Rekabentuk dan Inovasi
  • Elektronik 
  • Sistem Elektronik Komputer
  • Matematik 
  • Perangkaian 
  • Teknologi Maklumat 


2. JAWATAN: PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)

Jawatan yang ditawarkan:

  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Penolong Pendaftar Bidang: i) Penerbitan ii) Hal Ehwal Islam iii) Kurator
  • Pegawai Perubatan
  • Penolong Bendahari Bidang: i) Umum ii) Audit
3. JAWATAN: PENTADBIRAN (KUMPULAN PELAKSANA)

Jawatan yang ditawarkan:

  • Penolong Grafik
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Penolong Jurutera Bidang : i) Awam ii) Elektrik iii) Elektronik iv) Mekanikal
  • Pegawai Eksekutif Bidang: i) Umum ii) Hal Ehwal Islam iii) Arkib 
  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Jurupulih Perubatan Bidang: i) Fisioterapi ii) Cara Kerja
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Pelukis Grafik
  • Pembantu Kemahiran Bidang: i) Awam ii) Elektrik iii) Mekanikal iv) Mekanikal Mesin Angkut v) Mekanikal Penyaman Udara vi) Automotif
  • Pemandu
  • Pembantu Awam
  • Penjaga Jentera Elektrik
  • Kerani
  • Pembantu Penyediaan Makanan
  • Pembantu Operasi
  • Pembantu Pembedahan Pergigian 
  • Pembantu Tadbir (Kewangan)
  •  

4. JAWATAN DI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH UiTM, KAMPUS PUNCAK ALAM

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL:

  • Pegawai Sains Bidang: Genetik

KUMPULAN PELAKSANA:

  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Penolong Jurutera Bidang: Bioperubatan
  • Pegawai Eksekutif
  • Penolong Akauntan
  • Kerani
  • Pembantu Tadbir (Kewangan)


+++

SR kongsikan sahaja, moga membantu mereka yang sedang dalam proses mencari pekerjaan. Mana tahu ada rezeki. Masih sempat lagi untuk mohon, sebab tarikh tutup 11 September 2023.

All the best pada yang mencari kerja 😊

Post a Comment

4 Comments

  1. Alaaa... uncle tua sangat untuk apply....

    ReplyDelete
  2. wah..banyak kerja kosong ni...

    ReplyDelete
  3. banyaknya jawatan. tapi dah tua dah...takde orang nak amik kerja lagi

    ReplyDelete
  4. ok nanti sy share kat kazen dia mmg tgh cari kerja tetap tu.... syg kalau masters dia tu x guna utk jawatn bagus mcm ni...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.