Assalamualaikum wbt
SR sejak dah bermastautin di Sungai Ramal Dalam ni, memang masih lagi meronda-ronda cari kedai untuk beli sarapan setiap pagi. Sebabnya, kedai dan gerai ada banyak, rugi pula rasa tak cuba rasa kan. Haha...
Tapi kadang bila malas nak meronda tu, SR makan di Ayza di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi aje. Kalau rajin, SR akan singgah di gerai-gerai tepi jalan. Kalau jumpa parking, senanglah SR nak berhenti. Kalau tak, memang taklah.
Sungai Ramal ni memang kawasan yang banyak kereta. Bawa kereta di sini, tak boleh takut-takut. Kena berani kalau nak keluar simpang terutamanya. Tapi yang bagusnya, pengguna jalan raya dekat area Sungai Ramal, Serdang, Bangi ni... Semua jenis bertolak ansur dan faham keadaan masing-masing.
Tak ada pula nak hon atau marah-marah, sebab semua faham yang di sini, itulah cara menggunakan jalan raya. Aman damai walau banyak kereta hihi.
Oh, berbalik pada nasi kerabu untuk sarapan. SR ada nampak gerai yang jual nasi kerabu ni, dekat jalan masuk ke Kampung Sungai Ramal Dalam dari arah Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Kalau dari Seksyen 8 tu, gerai dia ada di sebelah kiri. Bertentang dengan simpang nak ke Desa Surada, dan sebelah kiri gerai dia ada kedai aceh / kedai runcit Mulia Sejati.
Selalunya, gerai abe ni tak ramai orang. Sebelah kanan gerai dia, ada gerai nasi lemak yang SR selalu beli juga. Gerai nasi lemak tu another story, memang sedap, dan sampai tahap beratur kalau nak beli.
Gerai nasi kerabu tu pulak, selalunya tak ramai pelanggan.
Jadi SR tergerak nak cuba nasi kerabu dia. Rupanya seller dia orang Kelantan. Kot. Sebab dia kecek kelate.
Harga nasi kerabu dia semua RM7. Tak kisahlah nak lauk ayam bakar, daging bakar, atau ikan goreng tepung tu. Ada keropok, ada telur masin, tak ada solok. Yang best, ada kuah tumis dia tu selain budu. Jarang jumpa orang jual nasi kerabu di luar Kelantan yang ada letak sekali kuah tumis tu.
Nasi dia punyalah banyak. Boleh dikatakan, sekali ganda dari nasi lemak gerai sebelah (portion wise).
Rasa dia pun sebenarnya not bad. Abe tu pun okey aje, bersih dan teratur kedainya.
Lepas ni, bolehlah SR nak beli lagi, Insyaallah. Cuma gambar nasinya lupa pula SR nak snap, sebab dah ngap dulu hahaha.
Jadi, kalau berada di sekitar Bandar Baru Bangi belah seksyen 8, samada di area PKNS atau di Evo tu, atau di Sungai Ramal Dalam ni ke, kot-kot menginap AirBNB ke kan, bolehlah kalau kalian nak cuba. Tapi macam SR cakap, area ni ala-ala syurga makanan.
Banyak sungguh pilihan makanan, bolehlah cari yang kena dengan tekak masing-masing, tapi tu lah yang susah sebab tak tahu nak berhenti di kedai yang mana hahaha!
Okeylah, selamat berhujung minggu kepada semua. SR pun nak siapkan assigment SR. Esok pula ada hari sukan ayu.
BYE!
10 Comments
kalau ke sana selalu juga beli sarapan area tu
ReplyDeleteBanyak kan gerai yang ada
Deletekalau dah 'abe' tu lagi terserlah lah kelantan nya!
ReplyDeleteSangat2!
DeleteNanti singgah terengganu makan nasi kerabu mhi ya
ReplyDeleteInsyaallah!
DeleteTunggu2 gambar nasi kerabu takde pulok
ReplyDeleteooops
DeleteSedap, favourite lah nasi Kerabu 💚❤️
ReplyDeleteKami nak gambar nasi. hehehe selau kalau pergi kedai yang sedap, memang tak sempat ambil gambar. terus ngap je.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)