Assalamualaikum wbt
Amboooiiii lamanya SR tak menaip hal ehwal peribadi dan anak-anak dekat blog ni. Kalau diikutkan, niche blog SR ini kan, personal. Memang fokus untuk cerita dan abadikan kenangan kisah-kisah dengan famili. Tapi sejak kebelakangan ni, SR tak sempat.
Jadi blog SR ni akan menyaksikan kerojakan jenis posting. Dan mungkin SR akan minta banyak bantuan dari secretary SR untuk taipkan post. Agitchew SR ada secretary! Siapa?? Ala... si A.I. lah! Asalkan posting jalan. Diingatkan, posting dalam blog SR ini TIDAK SESUAI untuk dijadikan rujukan akademik. Kerana ini hanyalah blog! Siapa yang tengah mencari atau menulis paper akademik, sila ke jalan yang benar ya! Sila ke Sciencedirect ke, Scopus ke.. Hehe...
SR sihat, alhamdulillah.
Masih sedang adapt dengan kehidupan baru kami sekeluarga di sini. Weekdays, kesemua kami melata atas bumi Allah ni, dengan urusan masing-masing.
Anak-anak ke sekolah.
SR dan zaimi juga dengan urusan kelas, makmal dan apa yang patut.
Sedar tak sedar, dah sebulan lebih. Dah masuk minggu kelima dah hari ni. Sesungguhnya masa tu pantas betul tinggalkan kita.
Jadi semalam, kami berpeluanglah bawa anak-anak beriadah sekejap. Bawa ke Taman Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi ni aje. Lepas sarapan, terus gerak sini. Anak-anak tak bagi ambil gambar. Sebab diorang tak mandi lagi masa ni hahaha!
SR pun malas nak keluarkan phone. Memang fokus anak-anak aje. Cuma, sempatlah SR tangkap gambar Playground Condong ni. Memang nampak macam nak roboh. Senget semacam!
Playground ini direkabentuk condong dan ia selamat digunakan.
Alhamdulillah, selamat aje anak-anak SR dan semua anak-anak yang bermain dekat Playground Condong tu. Memang sengaja dibina condong kaedahnya. Layankan ajelah. Hehe...
Ada sesiapa pernah ke sini ke? Meriah juga dekat sekitar Playground Condong ni. Ramai yang buka gerai sewakan skuter, basikal, kereta kawalan jauh... Ada juga yang buat bisnes bubbles tu. Air dan makanan pun ada. Memang seronoklah untuk seisi keluarga.
Insyaallah ada rezeki bolehlah bawa anak-anak ke sini lagi. Makan duit juga woi kalau nak sini kerap-kerap. Kereta ayu semalam, RM20 juga untuk 25 minit. Haa menangis juga SR di bawah pokok mengenang damage duit hahaha!
Okeylah, nanti SR borak-borak lagi.
SR akan tinggalkan kalian dengan entry-entry fakta kalau SR tak sempat mengarang cerita. Kih kih... Bye gais...
Oh, SR, awak berhijrah ke?
BalasPadamBerhijrah dan musafir seketika hehe
PadamOh.. jd mahasiswa ukm la ni 👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamBukan UKM 😊
Padambahagia sekali anak2 yang bermain
BalasPadamtempat dating adik ammi masa mula2 jumpa isterinya dulu ahakss
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.