Pengalaman Ayu Gunting Rambut di Capello By Nina Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt

#throwback


Cerita tentang SR yang sayang dekat rambut ayu yang panjang, tapi dia sibuk nak potong, sebab kawan-kawan dekat sekolah dia semua rambut sampai bahu aje dia kata 😑
Selalunya kalau pergi saloon, SR akan minta staf nipiskan je rambut ayu. Tapi, ayu bersungguh-sungguh nak potong rambut.

Tak apalah, rambut akan tumbuh balik kan, asalkan ayu happy dan puas hati.

Sejak pindah ke sini, SR tak tahu juga saloon rambut mana yang okey. Tapi, banyak yang muslimah friendly. SR suka konsep macam tu. Tak perlu risau ada lelaki akan masuk, atau paling SR takut, lelaki yang potongkan rambut!

Jadi lepas call beberapa saloon, Capello by Nina ni ada slot kosong untuk ayu gunting rambut. Yang lain masa tu banyak dah full slot appointment. Ya, kena buat appointment kalau nak gunting rambut. Hehe...

Bila dah set appointment (walaupun last minute), SR pun bawa ayu ke Capello By Nina di Bangi. Saloon ni milik Nina Ismail Sabri, ada beberapa cawangan, antaranya di Bangi lah. Sebenarnya masa call buat appointment tu, SR tak tahu pun tu milik Nina Ismail Sabri. Dah balik rumah baru check hahaha!


Mula aje sesi ayu, dia terus di bawa ke tempat cuci rambut. Berdebar-debar ayu, sebab inilah kali pertama dia cuci rambut dekat kedai macam tu. Tapi staf yang handle ayu ni pandai handle budak-budak. Gaya dia cakap pun, budak-budak suka.



Bila dah siap cuci rambut, ayu cakap, "Hebat kan mak, syampu rambut tapi tak payah mandi." Hahah! Ye lah, selalunya ayu syampu rambut masa mandi aje, kagum pulak dia sebab boleh cuci rambut, tapi badan tak perlu basah pun.


SR nak potong pendek biasa aje sebenarnya. Tapi ayu pilih sendiri nak haircut macam mana lepas dia tengok dekat buku tu. Bukan main! Ayu nak rambut depan ada fringe. Belakang sampai bahu. Bila dah siap pilih haircut, proses pemotongan rambut pun bermula.




SR tengok ajelah dari tepi. Sambil-sambil tengok botol-botol syampu dan perapi rambut yang tersusun depan cermin tu. Rambut ayu dah panjang sampai pinggang, jadi nak memendekkan dia tu makan masa lah juga.


Siap! Terpejam-pejam mata ayu masa kena blow rambut dengan hair dryer. Memang pengalaman baru untuk ayu, sebab dia tak pernah lalui semua tu sebelum ni. 


Settle! Lain terus muka ayu dari sebelum ni. Dah lama SR tak tengok muka ayu ada rambut depan macam tu. Haha! Tapi kemas dan cantik potongan dari staf tu. Ayu memang seronok ya amatlah, dia dah dapat haitcut yang dia nak sangat-sangat.



Dah siap urusan gunting rambut, ayu kata dia tak nak balik lagi. Orang dah rambut baru kan, nak tayang rambutlah tu 😂

Jadi SR bawalah ayu jalan-jalan berdua ke Evo Mall sekejap. Masuk Parkson, kerasukan sebab banyak baju anak-anak jual dengan harga diskaun. Cuci mata sambil menipiskan duit. Huhu..


Sebelum keluar dari mall, singgal Daiso juga dekat aras bawah. Beli macam-macam juga... Adoi! Tapi nasib baik barang-barang dalam Daiso tu tak mahal kan, dah lah barangnya best, harga mampu milik pulak!



Bila dah lama berjalan dan shopping, sakitlah kaki si ayu. Nak berdiri tunggu kereta pun dah penat. Melunjur je haa.


Tapi seronok! Sekali-sekala dapat Day Out dengan anak dara sorang ni, seronok! Masa tu lah nak borak-borak memang berdua dengan dia aje. Mulut riuh macam murai 😄

Nanti kita Girl Day Out lagi ye Ayu!

Happy Sunday semua!

Oh ya siapa yang nak book slot gunting rambut ke, cuci rambut ke, mani pedi ke, boleh lah whatsapp Capello By Nina Bangi di 011 31845464. Bukan paid review ya, sekadar berkongsi! BYE!

😊



 

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah! Dah potong rambut kat salun Ayu ni...!

    Err.... Mintak nombor telefon kakak hair stylest tu....? (bisik)

    ReplyDelete
  2. wah..comei.. new look for Ayu. cute!!
    Iris pun suka sangat kalau dpt gi saloon masa kecik2 dulu,,,rasa mcm dah besar sgt la kan

    ReplyDelete
  3. suka tengok rambut ayu tu, lurus berkilat je. Potong gaya camne pun cantik je, potong pendek bertambah ayu acik tengok

    ReplyDelete
  4. cantik rambut Ayu! Macam penyanyi nama Sia tu...retis gitu..hehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.