Bolehkah Penerima eBeliaRahmah Menebus RM100 eMadani?

 


Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.


Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia*, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.

 

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut: 


  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan

  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

     

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik 'Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. Ingin dimaklumkan bahawa, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Berikut adalah senarai penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat: 
  1. MAE

  2. Setel;

  3. ShopeePay; dan

  4. Touch ‘n Go eWallet


Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat: 

  1. Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

  2. Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut

  3. Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC)

  4. Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”

  5. Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya 

 

(Nota: Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC) 

 

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.


Sebarang pertanyaan lanjut berhubung eMADANI, sila hubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkenaan di talian, e-mel atau pautan yang tertera seperti berikut:  

  1. MAE1300-88-6688 atau e-mel ke mgcc@maybank.com.my

  2. Setel: E-mel ke hello@setel.com atau klik di sini

  3. ShopeePay+603-2777 9222 atau klik di sini

  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888  atau klik di sini





Berikut adalah beberapa soalan yang sering diajukan berkenaan penerimaan eMadani oleh mereka yang pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini:

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.


Saya merupakan graduan baharu yang baru mula bekerja. Saya pernah menerima kredit eBeliaRahmah sebelum ini sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar; adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, pemohon yang telah menerima kredit eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini.

Mengapa RM100 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?

Inisiatif eMADANI adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini seiring dengan objektif Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan peruncit, terutama sekali dalam sektor PMKS.

Pada masa yang sama, baucar, 'coins', diskaun dan inisiatif tambahan lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet layak untuk digunakan dalam talian dan luar talian.

SUMBER 

Post a Comment

4 Comments

  1. tak dapat lagi emadani ni la aduh

    ReplyDelete
  2. Malam tadi Mrs. A cuba di platform e-wallet. Alhamdulillah petang ni tadi tengok dah dapat

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.