Makan Malam Siakap Stim Limau di Asmara Fern Garden & Cafe, Sungai Ramai Dalam, Kajang

Assalamualaikum wbt

#throwback


Throwback ke beberapa minggu yang lepas. Adam teringin nak makan ikan siakap stim limau. Kalau ikutkan, SR boleh aje buat sendiri. Sekejap aje kalau nak buat siakap stim limau ni kan. Tapi, sekali-sekala makan di kedai pun okey juga!

Hihihi...

Jadi, kami pun pergi dinner dekat dalam kawasan Sungai Ramal Dalam ni aje. On this day, kami cuba kedai makan Asmara Fern Garden & Cafe ni pula. Lokasi dia dekat Jalan Abim. 


Pertama kali kami makan di sini, tapi vibe dalam kedai ni sangat menenangkan. Mungkin sebab masa tu, kedai pasang alunan zikir dan selawat. Selain tu, pekerja di Asmara Fern ni semuanya lelaki, dan kesemua mereka pakai kopiah.

Haa dapat tak rasa vibe dan aura tenang tu?

Kami order nasi putih sebab nak gu dengan siakap stim limau. Air pula order ikut tekak masing-masing.




Ayu taknak pula nasi putih petang tu. Dia teringin nak makan mee goreng. Layankan aje lah. Sambil-sambil tu, zaimi suap juga dia ikan siakap dan nasi putih tu. 

Tadaaa...
Inilah rupa siakap stim limau yang kami order di Asmara Fern Garden & Cafe! Silakan makan tengok! 😛


Lauk lain pun ada juga kami order, kalau tak silap SR, tomyam campur, cendawan goreng dan telur bungkus. Sedap semua lauk, cukup rasa.


Alhamdulillah, kenyang makan petang tu. Lepaslah hajat si adam nak makan siakap stim limau yang dia sibuk minta dah beberapa hari masa tu.


Pada sesiapa yang berdekatan ke, datang bercuti ke dekat-dekat dengan Sungai Ramal Dalam ni, bolehlah cuba makan di Asmara Fern Garden & Cafe ni ya.

Memandangkan ini bukan paid review, maka SR tak ada promo kod nak bagi ahahahaha!!

Anyway,

SR ada anjurkan Giveaway Perfume, sesiapa yang ada blog, dipersilakan turut serta ya! Tarikh untuk join dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024!

Klik gambar bawah untuk join!

Post a Comment

7 Comments

  1. Teringat Sg Ramal Dalam waktu belajar.
    Teringin hendak cuba tapi hendak pergi sahaja-sahajalah tidak dapatlah.

    ReplyDelete
  2. SR - Thanks tau follow blog saya dan rajin singgah.
    Baru hari ni jumpa butang followers kat blog ni dan berjaya follow back. 😁

    ReplyDelete
  3. Sedap hirup kuah siakap stim tu. Hari tu pernah pergi Sg Ramal tu husband pi buat sunroof axia kat situ.

    ReplyDelete
  4. Alah... Mi goreng mintak ibu buat kat rumah pun boleh....

    ReplyDelete
  5. sedappnya, acik pun teringin bila sebuat siakap stim limau tu. mesti sedapp

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. alhamdulillah.... tempat pun cantiks

    ReplyDelete
  7. Makan di luar bersama keluarga memang menyenangkan, Mbak.
    Boleh juga Stim limau -nya, jadi penasaran ingin mencobanya. Nanti saya cari disini, barangkali ada yang berdagang stim limau.

    Salam,

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.