Assalamualaikum wbt
Semalam, kalau ada yang perasan, SR ada update post tanpa ayat di blog ni tentang "Kisah sedih ringkas.". Dari gambar yang SR upload, rasanya pembaca dah boleh teka, apa yang berlaku secara kasar.
Ya, kereta SR tayarnya pancit semalam.
Asalnya, SR nak bawa anak-anak keluar ke IOI City Mall selepas Zohor. Zaimi tak ikut, sebab dia ada urusan. Alang-alang tu, SR nak day out dengan anak-anak sahaja sambil-sambil bagi masa zaimi tenang-tenang siapkan urusan dia.
Kebetulan masa sampai di parking, SR terus jalan ke tempat duduk pemandu. Ayu duduk depan, abang-abang duduk di belakang. SR pun hidupkan enjin, dan jalan.
Dah rasa dah, kenapa macam pelik aje rasa kereta bergerak. Bila sampai di pintu gerbang, menjerit pak guard, terkejut dia, SR bawa kereta yang tayar dan flat sampai ke rim!
SR pun terkejut sama!
Jadi, undur balik kereta dari palang, bawa balik ke lot parking. Padahal boleh aje nak park dulu tepi building, cuma SR fikir, hari hujan. Gagahkan jugalah bawa balik kereta SR ke lot parking. SR masih tak call zaimi, sebab taknak dia terkejut.
Anak-anak dah kecewa, sebab kena turun kereta, dan naik semula ke rumah. Frust masing-masing. Sebab dah bersiap cantik-cantik, berkasut bagai.
Kita merancang, Allah juga merancang.
Terpaksalah SR bagitahu juga pada zaimi apa yang jadi, sebab belum pun sampai 20 minit keluar, dah naik balik kan.
Dan akhirnya memang dia kata, kena selesaikan juga hal tayar tu terus. Kalau tunggu esok, lagi panjang cerita.
Sebenarnya, nasib baik jugalah SR ada turun ke kereta di petang-petang Ahad tu. Kalau SR tak turun, dan esoknya masa SR nak pergi kelas, baru SR nampak tayar tu pancit, huru-hara juga!
Atau buatnya tayar tu pancit masa dalam parking di IOI, haa...jenuh juga nak settle!
Maka seperti selalu, zaimi kena jadi superhero tanpa kain berkibar di belakang badan. Sudahlah kami hanya ada jek kereta yang manual. Berpeluh-peluh hero SR buka tayar yang dah flat tu.
Dalam hati SR dah terasa-rasa dah, tayar tu mesti dah tak dapat diselamatkan. Sebab, masa SR bawa semula dia ke lot parking, dah penyet dan berlipat. Terus SR search kedai tayar mana yang buka di petang Ahad di sini. Sangkaan SR tepat, banyak kedai tayar yang tutup. Atau dah nak tutup.
Dan terjumpalah 1 kedai yang ada di seksyen 8 Bandar Baru Bangi, yang buka, dan katanya tutup 6pm. SR terus call untuk pastikan. Dan memang staff yang jawab telefon kata, ya kedai mereka tutup pukul 6 petang.
Zaimi masih berusaha keras dengan tayar. Dia cuba untuk turunkan tayar spare kereta SR yang memang tak pernah digunakan lagi. Huhu...
SR pun baru aje tahu semalam, yang tayar spare kereta Exora, terletak di bawah kereta. Bawa kereta aje tahu, segala mak nenek berkaitan tayar ni, memang SR tak tahu. Jangan contohi SR!
Punyalah ketat nak turunkan tayar tu! Bila dah berjaya turunkan, zaimi cubalah juga pasang, sebab lagi senang kalau bawa terus kereta ke kedai tayar kan. Maka berpeluh-peluhlah lagi. Dah siap pasang, kami pun gerak dua kereta ke kedai tayar.
Tapi, baru beberapa ratus meter bergerak, zaimi berhenti tepi. Tayar spare tu memang tak boleh pakai, sama aje penyetnya. Maka, patahlah semula ke lot parking. Nasib baiklah belum sampai ke gerbang lagi.
Jadi, kami pun bawalah tayar yang dah flat tu ke kedai yang SR telefon tadi. Kedai Silicon namanya. Tanya harga tayar, boleh tahanlah juga. Tapi, memang tayar Exora agak besar. Nak expect apa kan. Jenama Goodyear pula.
Tapi, zaimi ajaklah juga pusing-pusing dulu kawasan sekitar, tengok kedai tayar mana yang kot-kot buka, dan banding harga.
Long story short, akhirnya balik semula ke Silicon. Asal dari nak tukar tayar yang dah rosak aje, SR terus buat keputusan untuk tukar terus empat-empat tayar. Memang dah bercadang nak tukar tayar sebenarnya, tapi asyik bertangguh.
Hah, dah alang-alang sebiji tu pecah, teruskan aje lah. Tarikh akhir tukar tayar dulu pun, Mac 2022. Dah dekat 2 tahun.
Jadi, untuk 4 biji tayar + balancing + alignment + valve, Tayar Goodyear untuk saiz kereta Exora, SR dapat harga RM1440. Mak oiiiii nangis! Tapi itulah realitinya semalam 😭
Dah siap pasang 1 tayar dekat rim, kami pun balik semula ke apartment, zaimi pasang dulu tayar tu, baru kami pergi semula ke Silicon tu, untuk tukar lagi 3 tayar. SR pun bawalah ayu sekali masa tu. Abang-abang dah frust sebab memang totally cancel untuk ke IOI.
Nak buat macam mana... Bukan omak sengaja.
Akhirnya dalam 6 suku macam tu, selesai semua urusan tukar tayar. SR boleh recommend kedai tayar ni. Bagus servisnya. Senang berurusan, hasil kerja pun baik.
Jadi, andai kata ada yang alami kecemasan dan masalah tayar pada petang Ahad di kawasan Sungai Ramal Dalam atau Bandar Baru Bangi, bolehlah ke Kedai Tayar Silicon ni.
SILICON AUTO (BANGI) SDN BHDNO.49, JALAN 8/1 SEKSYEN 8 43650 BDR BARU BANGI SELANGOR03-89202284
KESIMPULANNYA, tak pasal-pasal... Tak tau nak cakap apa. Hahaha! Syukur semuanya berjalan lancar ajelah. Semoga 'kasut baru' sang Exora tahanlah dalam 2 tahun ya!
Itu sahajalah sambungan dari kisah sedih ringkas SR semalam.
Kalian pula, bila last tukar tayar? Pakai tayar cap apa? Michellin ke? Wowwww! Menangis SR tanya harga Michellin tau hahaha!
Korang ada buat tabung tayar ke? SR rasa nak wujudkan tabung tayarlah pula lepas ni. Sebelum ni hanya tabung roadtax. Apa pendapat kalian? Share lah dengan SR!
Alhamdulillah dah selesai masalah besar
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamDuit beribu keluar, en Zaimi boleh senyum lagi... apa rahsia dia?
BalasPadamRahsianya? Saya tak mintak duit dia, sebab Exora ni kereta saya 😂
PadamBoleh kak buat tabung tayar, salah satu insiatif jugak tu
BalasPadamPergh!! Bila dia sakit dengan kita-kita sekali sakit..
BalasPadamSha buat tabung maintanance, memang untuk kecemasan yang tak diduga..
allahu.. menda nak jadi kan.. kalau mama sorang kena macam ni jadi mati lutu juga
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.