Assalamualaikum wbt
#throwback
Sejak SR dan zaimi dah mula jadi pelajar semula ni, kami memang tertakluk pada jadual waktu sebagai seorang pelajarlah kan. Kadang-kadang, hujung minggu dan malam-malam pun kami kena commit berteleku di meja siapkan apa yang patut. Jadi, perubahan gaya hidup yang sedikit sebanyak mengurangkan masa untuk kami bawa anak-anak untuk bermalam di tempat lain. Kalau dulu, ada masa aje mulalah staycation sana-sini. Anak-anak SR pula memang suka sangatlah kalau dapat 'Tidur hotel' hahaha.
Tapi sekarang, nak bercuti-cuti ketika semester tengah berjalan, walaupun di hujung minggu, rasa bersalah dan memang tak sempat. Tapi, anak-anak tetap nombor syatu. Walau tak boleh bermalam, atau pergi jauh sikit, kami tetap cari masa untuk bawa anak-anak jalan-jalan, dan sekarang selalulah luangkan masa dengan makan-makan di tempat yang kami tak pernah bawa mereka lagi sebelum ni.
Haritu, kami bawa anak-anak ke IKEA Cheras. Ajak diorang makan Meatball IKEA dan ronda-ronda dalam IKEA tu. Memang seronok betul masing-masing.
Mula-mula belikan diorang semua set kanak-kanak tu aje. Kadang-kadang, adam, amir dan ayu ni, kalau makan dekat kedai, ada masanya tak habis. Tapi meleset!
Rupanya diorang sangat suka Meatball tu. Siap SR kena bawa adam beratur semula untuk tambah lagi order 😂
Masa beratur kali pertama pun dah rambang mata masing-masing. Nak kek lah, nak sosej lah... Tapi kami pilih-pilih yang kami rasa diorang nak makan aje. Takut acah je lebih, tapi last-last, SR dan zaimi juga jadi mangsa nak habiskan.
IKEA Cheras ni tak jauh sangat dari Sungai Ramal Dalam, ambil masa lebih kurang setengah jam aje untuk sampai. Orang memang ramai, dari tempat makan, sampailah ke nak bayar barang. Kena pilih waktu yang betul kalau taknak beramai-beramai.
Mungkin pergi waktu hari bekerja, sebelum lunch. Haa masa tu tak ramailah orang. Hahaha. Tapi masa kami pergi ni, weekend, petang pula. Memang sempatlah perut berkeroncong masa beratur nak beli makanan tu.
Ringkasnya, kami berlima makan 2 set Meatball dewasa yang 16 biji, 3 set meatball kanak-kanak, 2 lasagna, 2 set roti garlic dengan sup cendawan, sosej besar dan manisan hijaun tu. Walau makanan banyak, surprisingly habis. Nampak benau kami lapar hahaha😁
Dah siap makan, kami jalan-jalan dekat showroom. Rancangan asalnya, nak jalan-jalan aje, Tapi dah namanya masuk IKEA, terbeli sampai rabak poket juga. Susah betul nak kawal diri bila dah ke sini.
Adam dah tak nak bergambar sangat, dia dah nak remaja kan. Amir dan ayu macam biasalah, masih suka bergambar dan seronok aje diorang haritu.
Lepas bayar, kami duduk rehat sekejap sambil makan aiskrim soya dia tu. Mula-mula kami macam tak tahu juga, macam mana cara nak beli aiskrim mesin di IKEA ni. SR terus tanya dekat pekerja kaunter. Rupanya, kalau nak beli, kena beli token dan ambil kon dulu di kaunter. Lepas tu, bawalah kon kosong dengan token ke mesin aiskrim. Letak kon di tempat kon, masukkan token di slot token, tekan button. Nanti kon tu akan bergerak sendiri tadah aiskrim.
Sedaplah juga, dan banyak portion dia, lambat juga nak tunggu anak-anak habiskan.
Walaupun letih, tapi kami happy sebab anak-anak happy. Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah pergi sana lagi. Atau boleh try ke IKEA Damansara pula.
Stay safe dan take care semua! Bye dulu!
sedapnya meatball
BalasPadamAnak2 Cie pulak paling suka chicken wing ikea. Last time pergi takde stok katanya. Meatball tu memang wajib order la.
BalasPadamMemang seronok dalam tempat barang-barang IKEA. Ralit tengok.
BalasPadamSaya pergi di IKEA Damansara.
menikmati saat bahagia bersama keluarga alhamdulillah
BalasPadamAlaaaa... Tiga trafik light je dari ikea ni rumah uncle...
BalasPadamHappy kids, happy family Insha Allah 😁
BalasPadamTempat ni memang berhantu. Katanya nak pergi makan meat ball je, sekali balik... Ada je benda ikut balik😆
BalasPadamMasuk IKEA memang best cuci mata.. cuma naniey tak pernah makan kat sini.. karipap dia sedap.
BalasPadamSeronoknya dapat gembira hati seisi keluarga.
BalasPadamFortunately, we left home (a 7-minute journey) right after Maghrib. There were still tables available. Just as we sat down, people started pouring in. For best thesis writing please consider Nursing Research Paper Writer in USA, Many! Most of them were with their families. Some brought little kids, some brought their parents.
BalasPadamLama tak makan meatball.. Pernah pergi sekali je rasanya yang kat Cheras ini..
BalasPadamOwh.. ada mesin aiskrim eh.. Menarik..
Thank you for sharing this post it was really informative.
BalasPadamThanks for sharing
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.