Pengalaman Anak-Anak ke D-Virtual Park, Evo Mall Bangi

Assalamualaikum wbt

#throwback


Boleh dikatakan D-Virtual Park yang terletak di Evo Mall Bandar Baru Bangi ni adalah salah satu tarikan dan tempat menarik di Selangor yang boleh dikunjungi jika datang ke kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitarnya.
SR pun baru aje tahu ada tempat ni. 

VR Theme Park pertama di Bangi katanya!

Jadi hari tu, bawalah anak-anak pergi ke sini. Suasana dia memang sangat menarik perhatian adam dan amir yang memang kaki game. Gelap-gelap biru neon macam tu kan.

Setiap permainan VR yang ada, perlu dibayar dengan sejumlah token. Harga berbeza-beza ikut permainan mana yang hendak dicuba. Tapi, harga token adalah RM10 untuk 1 token.

Ya, RM10. Menangis jugalah poket SR. Hahahaha! Tapi, anak-anak happy, itu lebih penting. Anak-anak happy, cipta memori, itu dah cukup menggembirakan SR.


SR lupalah nama-nama ride dia. Haha.
SR beli token pun 8 aje. RM70, dapat 7, dia bagi percuma 1. Jadilah, buat raso-raso kan. Cara nak masukkan token ke dalam ride adalah sangat mudah. 

Bagaimana?

Panggil staff yang berdekatan dengan anda, bagi token dekat tangan dia, dia yang akan on kan ride. Hehe...

Jadi, berbekalkan token sebanyak 8 keping, anak-anak SR memerlukan pemikiran KBAT dan tak boleh mengikut nafsu. Diorang kena fikir sedalam-dalamnya untuk naik ride / main permainan VR yang mana satu, sebab seorang dapat main dalam 2 ride / permainan aje.

Makanya, mula-mula diorang naik ride yang bentuk kereta ni. Boleh pilih macam-macam movie untuk pengembaraan, tapi SR tak bagi diorang pilih yang seram. Karang tak sempat apa-apa, dah tak nak, rugi token!

Jadi, diorang pilih pengembaraan ke dasar laut aje. Itu pun ayu dah terkejut sebab tiba-tiba ada sotong besar nak telan diorang.



Bergerak-geraklah kereta tu macam betul-betul tengah mengembara. Apa yang diorang tengah tengok dalam VR box tu, kita pun boleh tengok di TV yang dilekatkan di dinding sebelah ride tu. 

Anak-anak SR semua berkaca mata, jadi struggle sikit untuk pakai VR box. Kalau tak pakai, nanti tak nampak pula. Pandai-pandailah adjust.


Lepas habis main kereta tu, diorang bertiga berpecah. Ayu nak naik slide (gelungsur). Bolehlah, tak extreme sangat untuk dia.


Adam dan amir memang terus terpa yang work simulation. Memang masa mula-mula masuk lagi, nak main yang itu. Entah apalah keseronokannya, adam dengan amir ajelah yang tahu. 

Layankan ajelah...






Ayu pun teringin juga, tapi tak pandai nak main. Tak kena dengan umur dia lagi pun. Jadi, abang-abanglah jadi tenaga pengajar cum coach dari tepi gelanggang VR ayu.

Itulah sahaja yang anak-anak SR main. Kalau ikutkan, secotet aje pengalaman mereka di D-Virtual Park tu, tapi cukuplah. Berlibur mengikut budget namanya. Hahaha

Insyaallah ada rezeki lebih, bolehlah bawa lagi anak-anak ke sini. Sesiapa yang nak pergi, bolehlah pergi. Ni SR tepek alamat dan info. Tanya sendiri ya, SR share aje ni. Bukan paid review tau.

Gleaming. Tantalizing. Spine-tingling.

That's D-Virtual Park, EvoMall Bangi! A Virtual Reality The
      T.14-T.25, Level 3, Evo Mall Bangi, Jalan Medan 2D, Seksyen 9, , Bangi, Malaysia
    011-2070 5898
    info.dvpbangi@e-serbadkgroup.com


Kalau nak tengok-tengok lagi ride / permainan VR apa yang ada dekat sana, boleh tengok-tengok di Instagram D-Virtual Park EvoMall Bangi (KLIK)

 Itulah sahaja cerita kami ke D-Virtual Park EvoMall Bangi. Kita yang dewasa ni (SR dan Zaimilah), tak berapa nak teruja sangat, tapi anak-anak berulang-ulang kata nak pergi lagi. So I guess, sesuai untuk bawa anak-anak bergembira di cuti sekolah dan hujung minggu lah tu.

+++

Oh ya, entry sebelum ini, SR ada anjurkan Giveaway Perfume, sesiapa yang ada blog, dipersilakan turut serta ya! Tarikh untuk join dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024!

Klik gambar bawah untuk join!


Bye!

Post a Comment

10 Comments

  1. sonoknya main game virtual pengalaman baru anak2 la ni

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan harganya ya, tapi bukan pergi selalu pun. Sekali dan sekejap buat merasa, ambil pengalaman 😀

    ReplyDelete
  3. Budak2 memang suka la tempat macam ni...!

    ReplyDelete
  4. ada juga dekat rumah saya tapi anak-anak sudah pergi...saya belum lagi

    ReplyDelete
  5. syurga kanak kanak ni tempat macam ni

    ReplyDelete
  6. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  7. Memang fave anak anak zaman sekarang.
    Anak anak happy, mak bapak pun happy..

    ReplyDelete
  8. pernah gak main yg VR box tu ngan Ian & Iris ..masa gi melaka dulu...dino park, emm...dgn MA sekali jerit2 manja la.... siap tutup mata lagi bila bab roller coster tu.. ha ha.. nasib time x ramai org kalu x buat malu je..

    ReplyDelete
  9. Sepertinya anak-anak suka dengan game virtual seperti itu ya Mbak.
    Tapi bikin dompet orang tua habis karena harga token nya yang mahal...

    Btw, salam kenal Mbak. Ini kunjungan pertama ke blog Mbak.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
  10. Setiap kali main itu berapa tempoh masanya? Hehe takut dorang tidak puas main 2 setiap seorang.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.