Pengalaman Beli Popcorn Cornery, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum wbt


Juga kisah lempar belakang, cerita selepas kami selesai makan di Johnny's sempena birthday SR tu. Masa ni sebenarnya tengah menapak balik ke kereta, untuk balik ke rumah.

Tapi anak-anak tergoda pula dengan kiosk Cornery. Mungkin sebab masa kami lalu depan tu, aroma popcorn yang perlbagai tu, sedap sangat menerobos rongga hidung masing-masing! Selalu SR yang cair dengan permintaan anak-anak, tapi kali ni, zaimi yang meluru terus untuk order.

Mungkin sebab dia pun teringin bila dan terbau aroma enak tu kan!


Ramai juga sebenarnya pelanggan lain tengah beratur juga. Tapi barisan dia gerak laju. Jadi tak ada masalah untuk tunggu.


Cornery Popcorn ini seperti dikata, bukanlah popcorn biasa, sebaliknya adalah jenis Gourmet Popcorn. 

Ha? APa tU?

Popcorn gourmet selalunya dibuat dengan bahan-bahan yang lebih berkualiti daripada popcorn biasa. Ini termasuk jagung premium bukan GMO yang ditanam khusus untuk rasa dan teksturnya yang unggul, serta mentega asli, minyak berkualiti tinggi dan bahan premium lain yang menyumbang kepada profil rasa uniknya. Sebaliknya, popcorn biasa boleh dibuat dengan bijirin yang lebih murah, dihasilkan secara besar-besaran dan minyak berkualiti rendah yang boleh menghasilkan snek yang kurang berperisa dan kurang sihat.

Popcorn gourmet selalunya dibungkus dan dipersembahkan dengan cara yang lebih menarik daripada popcorn biasa. Banyak jenama popcorn gourmet menawarkan tin hiasan, beg dan kotak yang menjadi snek yang menarik dan berhadiah. Sesetengah jenama juga menawarkan pilihan pembungkusan dan pemperibadian tersuai.

Satu lagi perbezaan penting antara gourmet dan popcorn biasa ialah kadar pengembangannya. Kadar pengembangan merujuk kepada jumlah peningkatan volum yang dialami popcorn apabila dipanaskan, dan ia boleh menjejaskan tekstur dan rasa akhir isirong yang timbul. Popcorn gourmet biasanya mempunyai kadar pengembangan yang lebih rendah daripada popcorn biasa kerana ia dibuat dengan isirong yang berkualiti tinggi dan kurang berkemungkinan pecah atau berkecai semasa popcorn. Ini menghasilkan biji yang lebih besar dan gebu dengan tekstur yang lebih sekata dan pengekalan rasa yang lebih baik.

Popcorn gourmet juga menawarkan pelbagai perisa yang lebih luas daripada popcorn biasa. Walaupun popcorn biasa mungkin terhad kepada beberapa jenis, seperti mentega, garam dan keju, popcorn gourmet boleh datang dalam pelbagai perisa manis dan berperisa, termasuk karamel, coklat, dan juga perisa yang unik.


Popcorn Cornery ni ada banyak perasa tau, bukan sekadar caramel dan butterscotch. Tapi, untuk permulaan, kami order yang perisa biasa dahulu iaitu caramel. Zaimi beli yang pek besar terus.

Perisa popcorn Cornery lain yang ada adalah Kimchi, Say Cheese, Coconut, Seaweed dan Chocolate. Kalau tak tahu nak beli yang mana, boleh saja minta dari staf dia untuk rasa secara percuma. Dia bagi aje. Jadi bolehlah buat keputusan untuk beli atau tidak, dan perisa yang mana, ikut suka tekak dan hati masing-masing.



Jadi macam mana, sedap ke tidak bertih jagung Cornery ni? Pada pendapat SR, kiranya ini honest review, rasa dia sedap sangat-sangat. Dari segi rasa untuk perisa caramel yang kami beli tu, memang okey dan diterima oleh tekak kami lima beranak. 


Memang ralit kalau makan. Cuma, ada beberapa bertihnya yang tak kembang habis, jadi agak liat dan adakalanya keras. Makanya kunyah-kunyah, keluarkan balik. Hahaha!

Tapi sedap, serius sedap dan bolehlah lepas ni beli lagi! Nak cuba perisa seaweed atau kelapa pula lepas ni!

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap ni, kalau g mall, kalau ade kiosk ni memang akan beli.. anak-anak suka.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka... popkorn pun boleh jadi cam ni kan?

    ReplyDelete
  3. wah! Kena gi IOI Mall lagi la gamaknya utk mencari popcorn sedap ni. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Macam macam flavour ada ye... bauan tu yang selalunya menarik

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah jumpa lagi cawangan Cornery di shopping complex sini. Aroma popcorn memang wangi. Menggoda, rasa nak beli je, bila kita bau popcorn sedang dimasak. :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.