Selawat Tafrijiyah Untuk Murah Rezeki dan Healing

 


Selawat Tafrijiyah ini dikenali sebagai selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Besar pengertian dan kelebihannya jika sesiapa yang mengamalkannya. Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah swt, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.

Selawat ini juga merupakan antara salah satu selawat yang sangat disarankan untuk diamalkan oleh umat Islam. Hal ini demikian kerana, selawat ini membantu dalam menghilangkan kesempitan hidup dengan izin Allah S.W.T Tegasnya, ibadah selawat ini sangatlah digalakkan dan dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam. Melalui ibadah ini, kita telah mendoakan kesejahteraan ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan dalam masa yang sama kita turut memperoleh pahala ibadah dan kebaikan lain daripadanya.



Juga tidak terdapat unsur syirik di dalam rangkap selawat tafrijiyyah seperti yang diperkatakan. Bahkan, selawat ini mempunyai beberapa isi penting di dalamnya seperti doa, selawat dan tawassul. Justeru, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, asalkan dengan keyakinan bahawa pemberi kesan yang hakiki adalah Allah SWT bukannya makhluk.

Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih sis, sedang dengar juga di pc ni.. sambil2 buat kerja rumah..

    ReplyDelete
  2. Selawat ini saya selalu dengar ketika sedang ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.