Bunga Rose Dari Kain Untuk Masuk Goodie Bag

Assalamualaikum wbt


Haritu, hujung Februari, adik bongsu SR ada buat majlis akikah ringkas untuk anak sulung dia. Kiranya anak saudara SR yang ketiga kalau ikut belah SR ni. Kenduri di Beserah, Kuantan. SR pun ambil kesempatan itu untuk join tambah isi goodie bag dia. SR pun ajak emak SR ke kedai, baru fikir nak beli apa.

Asalnya SR ingat nak belikan sabun basuh tangan. Konsepnya, SR nak beri sesuatu yang orang boleh guna, bukan sekadar makan, atau lebih SR tak nak, benda tu sekadar disimpan dalam almari hiasan. Tapi emak SR kata, susah dan tak praktikal pula kalau bagi handwash.

Jadi lepas pusing-pusing beberapa minit dalam kedai, terus buat keputusan untuk bagi kain lap dapur. Maka terus buat payment.

SR mulanya ingat nak lipat 4 segi aje. Tapi, SR nampak emak SR duk pusing-pusing, pintal-pintal kain lap tu. SR dah agak, emak takkan lipat 4. Dia mesti nak jadikan kain lap tu hasil kraf! Memang tu hobi mak SR haha!

Akhirnya, cut story short, kami decide untuk buat bunga ros aje. Itu paling mudah untuk kain lap yang agak tebal ni. Dan tak perlu nak pakai gam mahupun getah. Hanya lipat dan selit. Hasil pun boleh tahan comel. Nak kata tak susah nak buat tu, anak-anak SR yang kecik ni pun boleh tolong siapkan bunga ros tu sama-sama malam tu.


Bila dah ramai-ramai melipat dan menggulung, cepatlah siapnya. Emak SR paling lebarlah senyum dia, sebab berjaya juga jadikan kain lap tu kraf, bukan sekadar lipat 4.

Siap!

Close up sikit 'Handkerchief Rose' kami, tapi guna kain lap dapur!

Sebab kain dia tebal, agak mencabar juga masa step selit. Tapi, disebabkan kain dia tebal jugalah, bunga rose kami jadi gebu-gebu. Ada yang nak tahu cara lipatan untuk jadikan bunga rose ke? Sebenarnya, ada banyak video panduan yang dimuatnaik dekat Youtube, tapi SR share lah sekali di bawah ni.


Tak susah kan? Nanti bolehlah cuba ya!

Post a Comment

6 Comments

  1. Memang kreatif orangnya. Cantiklah pulak dibuat bunga rose. Rajin dorang pun menolong. Cepat siapnya. Penerima mesti suka dapat kain lap dibentuk rose ni.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Rajinnya. Kemas je pembuatannya.

    ReplyDelete
  3. Halah3x... Comel je jadi bunga ros tu...

    ReplyDelete
  4. Kreatif ni. Bagus diorang sama-sama tolong maknya.

    ReplyDelete
  5. Wah. Cantik dan kreatif la .mujur ada bebudak tolong jugak tu .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.