Makan Malam di Faiziy Tomyam, Lumut, Perak

Assalamualaikum wbt

#throwback


Kisah rentetan dari kami bermalam di Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak bulan Februari 2024 yang lalu. Siangnya kami jalan-jalan ke Pantai Teluk Senangin. Ramai orang, nak park kereta pun tak boleh. Jadi, kami pun pergi ke Taman Paya Bakau Lumut. Boleh baca pengalaman kami dengan klik link.

Masa dalam perjalanan balik semula ke tempat penginapan sesudah selesai jalan-jalan di Taman Paya Bakau, Zaimi ada ternampak kedai makan Faiziy Tomyam ni. Terus buat keputusan untuk makan malam dekat situ aje malam nanti.

Cut story short, dalam 7 lebih, kami dah gerak ke Faiziy Tomyam. Kedai dia lot tepi, jadi memang tak panas walau makan dalam kedai. Parking pun banyak, tak perlu risau susah nak park kereta atau apa. Menu dia pun pelbagai. Dan Faiziy Tomyam ni, waktu operasi dia tak macam kedai-kedai tomyam yang biasa.

Ya lah, kedai tomyam kan selalunya buka dalam pukul 4 petang, sampai ke tengah malam, 2 - 3 pagi kan. Tapi, Faiziy Tomyam ni buka dari tengahari, pukul 12.30 tengahari dan akan tutup pada 10 malam.

Gula-gula dekat kaunter bayaran tu memang menggoda budak-budak



Anak-anak mata dah layu sebenarnya, sebab balik saja dari jalan-jalan tu, terus terjun masuk kolam renang pula sebelah petangnya. Masa menunggu makanan sampai, memang asyik menguap. Padahal tak adalah lama sangat pun tunggu makanan tu. Servis Faiziy Tomyam ni boleh dikatakan agak laju juga.


Tapi itulah.
Ayu tertidur juga dekat meja. 
Hahaha!

Zaimi memang berhati-hati aje jaga anak dara dia tu, takut tersilap gaya, tergolek ke lantai pula nanti. Tidur memang tak sedar apa-apa dah si ayu. Sampai ternganga-nganga!


Malam tu, kami pilih untuk makan nasi putih dan lauk. Air ikut tekak masing-masing. Kali ni, tak order jug air. Untuk SR, air lemon ais menjadi pilihan. Masa post ni ditaip, bulan Ramadan. Jadinya, tengok gambar di bawah ni, rasa terliur sangat-sangat pula haa.

Hahaha!



Ayu seperti biasa, selalu dia minta air kosong aje. Tapi SR orderkan juga air sirap ais untuk dia. Kalau dia tak habis, adalah orang-orang yang akan habiskan nanti. Amir minta teh ais, adam pula minta teh O ais. Memang minuman kegemaran masing-masinglah tu.


Si adam teringin pula nak makan ABC. Disebabkan dah lama tak makan, SR turutkan aje. Boleh ramai-ramai tumpang makan juga. Rasa-rasa sorang sikit. Nak beli sorang satu nanti, confirm tak habis punya.


Untuk makanan pula, untuk gu kan dengan nasi putih, kami order yang biasa-biasa sahaja kebanyakannya; Tomyam ayam, sotong celup tepung, telur dadar, dan kami order juga satu hidangan istimewa iaitu Siakap Lui Suan, memang antara menu wajib try di Faiziy Tomyam ni.

Tomyam ayam

Sotong celup tepung sedap sangat

Siakap Lui Suan Faiziy Tomyam

Sedap semua makanan, cukup serba-serbi rasanya. Harga pun tidaklah melampau kayangannya. Untuk 5 orang makan, siap ada Siakap Lui Suan yang besar juga saiz ikannya, harga semua bawah RM150. Bagi SR, okey dah tu harganya.

Kalau nak berjalan / melancong, memang kena expect harga makan macam tu, kan? Tapi terpulanglah pada masing-masing juga.

Lepas siap makan, perut pun dah gendang-gendut dan senang hati, kami pun bergerak semula ke arah Teluk Batik. Lepak-lepak sekejap borak-borak sambil tengok ombak malam, dan ditiup bayu malam. 

Calming!


 Oh ya, sesiapa yang mencari Faiziy Tomyam, ini detailsnya:

    47 Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya,, Lumut, Malaysia
    017-478 0021




Itu kisah kali ini, siapa teringin nak try siakap Lui Suan? Komen Saya! Nanti SR belanja, dalam mimpi 😆😜

Post a Comment

9 Comments

  1. Kiranya ni salah satu tempat makan menarik dan sedap di area Lumut dan Sitiawan.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum....hebatnya tu ..juadahnya sedap nampak

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ya masih linkkan url blog Etuza

    ReplyDelete
  4. ABC & siakap tu mmg nampak menggiurkan nya akakkkkk hehe

    ReplyDelete
  5. mesti ayu marah tengok gambar tu! hahaa

    ReplyDelete
  6. berbaloi la order mkn cmtu..jnji smua kenyang dan puas hati

    ReplyDelete
  7. Ayu sampai tertidur yerr tunggu makanan sampai

    ReplyDelete
  8. Siakap tu patut dicuba oleh semua orang....rupa macam sedap jer

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.