Makan Tengahari Di D'Warisan Lumut Perak

Assalamualaikum wbt

#throwback


Hari terakhir kami di Lumut, Perak tempohari, kami singgah makan tengahari cum breakfast dekat Restoran D'Warisan. Sebabnya, pagi tu kami keluar lambat sikit, jadi breakfast lewat sekali dengan lunch ajelah. 

ALAMAT: 4240, Kg Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak
LOKASI: WAZE
NOMBOR TELEFON: 012-599 2919


Masa kami sampai tu, orang masih belum ramai. Jadi, lauk masih banyak dan semestinya tempat duduk pun masih banyak. Ada pelbagai jenis lauk, ada yang bakar, ada berkuah, ada ulam-ulaman juga. Sampai SR jadi tak tahu nak makan apa. Hahaha!


Selain nasi dan lauk-pauk, ada juga si goreng-goreng. Anak-anak terus attack yang itu. Jenuh pujuk supaya makan juga nasi. Takkan nak makan sosej dan nugget aje kan.




Dan yang turut jadi perhatian anak-anak SR adalah air balang layan diri ni. Ada 5 perisa air balang yang boleh dipilih untuk menghilangkan dahaga tekak. Sejuk dan segar lalu di tekak. Boleh refill pulak tu!

SR dan zaimi ambil lauk kari ikan dan sayur, ada juga ayam goreng. Kami tak berlama-lama pun di sini, sebabnya kami dah rancang nak singgah di Teluk Intan dalam perjalanan balik nanti. 

Perjalanan pergi dan balik kami, memang lalu di lebuh raya baru, WCE tu. Pemandangan cantik tau lalu situ. Hehe...

Nanti SR cerita apa kami buat di Teluk Intan. By the way, harga makanan di Restoran D'Warisan Lumut ni tidaklah mahal. Bersesuaian dengan makanan yang diambil. Tidaklah rasa seperti disembelih dengan harga yang cekik darah.

Sewaktu di kaunter bayaran, SR ternampak gula-gula yang dah ada dari zaman SR kecik dulu. Tadaa!


Terus beli dua. Teringat masa kecil dulu, nenek selalu belikan kalau dia pergi ke kedai. Aahh.. good old days.

Itu sahajalah kisah ringkas kami pada hari itu di Lumut sebelum bergerak pulang dari sana. Siapa pernah makan di Restoran D'Warisan? Rasanya macam pernah nampak ada beberapa blogger juga yang pernah makan di sana.

Ok guys, take care!

 

Post a Comment

7 Comments

  1. Boleh singgah laa kalau turun lumut nanti

    ReplyDelete
  2. Ikan besar tu RM8 mmg berpatutan harganya.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi makan dekat sini sebab pergi lumut pun jarang-jarang haha

    ReplyDelete
  4. Kemas kedainya. Best kalau datang ramai-ramai.

    ReplyDelete
  5. alaa tringat coklat zaman duluuu..

    ReplyDelete
  6. Belum pernah pula makan sini kak. Tapi jenis makanannya memang yg saya suka😍😍

    ReplyDelete
  7. Saya pernah makan sarapan situ. Tapi satu kurang best, dia takde air panas seperti kopi atau teh. Kena ambil air balang juga. Hehe.. lain semua orait, banyak pilihan nak makan apa. Tapi sebelum puasa saya ada lalu, ada kedai kopi pula baru dibuka di restoran dWarisan ni. Belum check-it-out lagi. :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.