Kenapa Badan Rasa Bisa-Bisa Selepas Makan Banyak Durian?

 Assalamualaikum wbt


Gambar janaan promp SR di AI Bing Image


Semalam, SR singgah beli durian. Ada tiga jenis durian dekat gerai tu. Musang King, Durian Kampung, Dan Durian Kampung Kahwin. Kahwin apa dan apa, orang yang jual tu pun tak tau, yang dia tau durian tu dah selamat dikahwinkan aje, Haha!

Jadi, disebabkan terlalu lama SR dan tak makan durian, dan teringin punya pasal, belilah tiga-tiga jenis tu sekali. Tak banyak, sebiji setiap jenis. Cuma, rezeki kami, setiap biji tu banyak betul ulasnya. 


SR memang makan ketiga-tiga jenislah, anak-anak dan zaimi pun tak makan sangat. Maka, SR lah jadi penghabis durian. Itu pun, ada lagi dalam peti sejuk, yang belum habis. 

Makan punya makan, bangun pagi ni, haaa ambik kau. Bisa-bisa rasa badan, terus demam. Rasa sengal-sengal bahagian dada juga. Bila picit-picit, keluar angin sendawa.





Sajalah tanya ChatGPT, kenapa badan rasa bisa-bisa lepas makan durian dengan banyak, ha ini jawapan dia:

Rasa bisa-bisa atau tidak selesa selepas makan banyak durian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

  • Kandungan Gula dan Karbohidrat Tinggi: Durian mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Mengonsumsi dalam jumlah banyak boleh menyebabkan peningkatan gula darah yang mendadak, yang mungkin mengakibatkan rasa letih atau tidak selesa.

  • Tinggi dalam Kalori: Durian adalah buah yang berkalori tinggi. Makan terlalu banyak kalori dalam satu masa boleh menyebabkan perasaan kembung atau ketidakselesaan perut.

  • Alkohol Alami: Durian mengandungi sebatian yang boleh menghasilkan sedikit alkohol semasa proses pencernaan. Bagi sesetengah orang, ini boleh menyebabkan rasa mabuk ringan atau rasa tidak selesa.

  • Gas dalam Usus: Pencernaan durian boleh menghasilkan gas dalam usus, yang boleh menyebabkan kembung atau ketidakselesaan.

  • Alergi atau Kepekaan: Sesetengah orang mungkin mempunyai alergi atau kepekaan terhadap komponen tertentu dalam durian, yang boleh menyebabkan gejala seperti gatal, bengkak, atau rasa tidak selesa.

Untuk mengelakkan rasa bisa-bisa selepas makan durian, disarankan untuk memakannya dalam jumlah yang sederhana dan seimbang dengan makanan lain. Selain itu, minum banyak air boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan. Jika gejala tidak selesa berterusan atau menjadi serius, adalah baik untuk berjumpa doktor.




Okeylah, lepas ni kena beringat. SR pun ada penyakit, umur pun dah tak berapa muda. Seeloknya stoplah dulu makan durian atau kendurian. 

Nak melayan demam dan sakit badan ni sekejap, harap-harap esok, dah pulih.

TATA!

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Nasib uncle tak makan durian! hehehhe

    BalasPadam
  2. sedapnya durian terbau sampai sini..moga syaz dh pulih sediakala panas tu

    BalasPadam
  3. haritu pun beria makan lepastu susah nak tidur sebab bloated haha

    BalasPadam
  4. Betul kak. Di usia kita skr dah harus ingat makan durian nih. Saya pun sukaaaa sangat. Tp memang dah tak bisa seperti dulu . saya batasi tiap kali makan.

    Baru2 ini saya kehilangan teman sekolah saat high school. Dia balik ke Medan Krn mamanya meninggal. 5 hari kemudian, dia meninggal. Kami kaget sangat. Setelah tanya2, ternyata menurut temannya, sebelum meninggal pagi hari, malamnya teman saya banyak makan durian. Saya tak tahu apa itu punca yg membuat dia kena heart attack, atau Krn penyebab lain. Krn teman saya ini memang punya sakit jantung. Tapi dari kejadian itu, saya semakin kuatir kalo makan banyak durian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. T_T

      Sedihnyaaa, salam takziah Fanny. Risau juga dengan diri kan bila umur dah banyak ni, apa2 pun semua kena beringat. Saya pun baru2 ni makan 3 biji durian, sorang-sorang. Baca cerita fanny ni, buat saya takut dan insaf huhu

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad