Amir Masuk Hospital

 Assalamulaikum wbt



SR hilang dari radar beberapa ketika ni sebab kami 1 keluarga dijangkiti oleh virus rotavirus. Bermula dari zaimi, ayu, SR, adam dan last sekali amir. Amir pula memang paling teruk dia kena. Masa malam dia mula muntah tu, dia muntah lebih dari 20 kali sementara nak ke pagi. Dia boleh jalan mandi semua, cuma langsung apa pun tak boleh masuk ikut mulut dia.

Air kosong pun, minum seteguk, keluar balik sebesen. Muntah selang 20 minit sekali macam tu. Pagi tu, terus SR bawa dia ke klinik panel untuk ambil surat refer, dan terus ke Hospital Pengajar UPM (HSAAS) untuk ke ReQ (Unit Kecemasan).

Kebetulan zaimi kena attend conference pula. Memang terkejar-kejar SR seorang diri masa tu. Nasib baiklah adik SR kerja di HSAAS ni. Apa-apa SR roger aje dia, alhamdulillah. Sebab nak daftar, admit wad semua tu, SR memang tak pernah uruskan. Selalu zaimi yang buat. Huhu...

Jadi, cut the story short, amir pun dah hari keempat di sini. Paling SR tak dapat lupakan adalah masa nak kena 'tangkap' najis dia yang sedang dipancutkan untuk masuk dalam vial sample. 

Ya Rabbi... Mencabar weh hahaha! 

Itulah ceritanya, nanti lah SR update lagi. Doakan kesembuhan amir ya...

Catat Ulasan

17 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semoga dipermudahkan segala urusan SR sekeluarga dan amir cepat sembuh.Sekarang ni virus pun pelik-pelik pulak wujud kan.Entah dari mana datangnya.

    BalasPadam
  2. Ya Allah, kesiannya SR sekeluarga lebih² lagi Abamir, semoga Abamir dan semua segera sembuh dan tiada yg memudaratkan ya.

    BalasPadam
  3. Kesiannya Amir...semoga diberikan kesembuhan buat Amir...

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan SR sekeluarga dan amir cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. Allah.. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Amir.. Aamiin..

    BalasPadam
  6. Semoga Allah permudah segala urusan keluarga Madam Syaz dan Amir cepat sembuh. Aamiin...

    BalasPadam
  7. sian amir moga segera sembuh sediakala

    BalasPadam
  8. Allah.. semoga dipermudahkanNYa dan di kurniakan kesembuhan sedia kala buat SR sekeluarga, aamiin

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan urusan dan kembali sembuh.

    BalasPadam
  10. Ya Allah rotavirus 😭😭. Cuma memang virus ini baru berbahaya untuk ibu hamil. Krn akan menyebabkan kelainan pada bayi.

    Saya doakan amir cepat sembuh ya kak, dan bisa beraktifitas lagi nanti.

    BalasPadam
  11. Owh... patutlah lama hilang...

    Semoga semuanya kembali sempurna, amin

    BalasPadam
  12. rotavirus ini seperti apa ya?
    saya kok baru tau rotavirus ini.
    semoga cepet sembuh ya

    BalasPadam
  13. Moga SR dan family cepat sihat ya, buat Amir moga dipermudahkan dan cpt sembuh ye . Mencabar betul kan nak ambil sampel tu

    BalasPadam
  14. semoga amir dan SR family cepat sembuh., aminn

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad