Kadang-kadang bila bosan, macam-macam benda boleh terlintas nak buat kan? Kali ini SR bukan nak mengemas rumah, bukan nak mencari barang di online shopping, dan bukan juga nak menyelongkar gambar lama. SR terasa nak bermain dengan teknologi AI pula. Entah macam mana, tiba-tiba SR terfikir satu benda. Macam mana agaknya rupa Ayu kalau dia hidup dalam era yang berbeza?
Haaa, terus rasa menarik! Jadi SR pun buka ChatGPT dan mula mencuba beberapa prompt untuk jana gambar AI Ayu mengikut zaman yang berbeza. Prompt asalnya memang SR dapat daripada ChatGPT sendiri, kemudian SR tweak sedikit demi sedikit mengikut era gambar dan hasil yang SR nak.
Prompt asal: Using my uploaded photo, show me what I would have looked like around 1985. Preserve my identity, facial features, skin tone, age, and recognizable appearance. Reimagine my hair, clothing, accessories, and surroundings with bold, unmistakably mid-1980s styling—expressive silhouettes, statement accessories, layered details, distinctive colors, and textures. Make it feel like a genuine 1985 photograph with analog grain, faded color, direct flash, and subtle softness. Add a period-accurate 1980s red-orange date stamp in the lower corner. No recognizable posters. No modern objects or text.
Guna Gambar Ayu Sebagai Rujukan
Untuk eksperimen kecil-kecilan ini, SR gunakan gambar Ayu sebagai gambar rujukan. SR memang nak wajah dia masih nampak macam Ayu, cuma suasana, pakaian, gaya gambar dan keseluruhan vibe itu berubah mengikut era.
Bahagian ini yang seronok sebenarnya. Sebab bila kita jana gambar seseorang mengikut era tertentu, bukan sekadar tukar baju sahaja. Gaya rambut atau tudung, aksesori, latar belakang, warna gambar, pencahayaan dan tekstur gambar pun memainkan peranan.
Kalau era lama, SR suka bila hasil gambar itu nampak macam betul-betul diambil menggunakan kamera pada zaman tersebut. Ada sedikit grain, warna yang tidak terlalu tajam dan suasana gambar lama. Barulah rasa macam Ayu betul-betul merentas zaman. Hehe.
Main Dengan Prompt ChatGPT
SR perasan satu perkara ketika mencuba jana gambar AI macam ini. Lagi terperinci arahan yang kita beri, lagi mudah AI memahami konsep yang kita mahukan.
Contohnya, jangan sekadar tulis:
“Jadikan Ayu dalam gaya tahun 1960-an.”
Boleh, tetapi hasilnya mungkin terlalu umum. SR lebih suka masukkan beberapa maklumat tambahan seperti tahun tertentu, gaya pakaian, jenis fotografi, suasana latar belakang, pencahayaan dan rupa gambar yang SR mahukan. Kalau ada elemen yang SR tak nak muncul, SR akan nyatakan juga dalam prompt.
Lepas gambar pertama siap, tengok dulu hasilnya. Kalau ada yang rasa kurang kena, tweak lagi arahan. Kadang-kadang ubah beberapa perkataan sahaja pun boleh menghasilkan gambar yang terasa jauh lebih menarik.
Seronok Tengok Ayu Dalam Era Berbeza
Yang buat SR terhibur sebenarnya bila tengok satu demi satu gambar yang terhasil. Wajah orang yang sama, tetapi apabila pakaian, warna, suasana dan gaya fotografi berubah, terus nampak macam setiap gambar mempunyai ceritanya sendiri.
Ada yang buat SR terfikir, “Eh, macam betul pula gambar lama!”
Ada juga yang kelakar sebab AI terlebih kreatif. Hahaha. Tapi itulah keseronokan bermain dengan AI. Kita tak semestinya kena gunakan teknologi ini untuk perkara serius sahaja. Sesekali bolehlah guna untuk aktiviti kreatif macam ini, terutama bila nak menghasilkan sesuatu daripada gambar keluarga sendiri. Bagi SR, eksperimen gambar AI mengikut era ini pun macam satu bentuk imaginasi visual.
Kita memang tak boleh kembali ke zaman tersebut, tetapi sekurang-kurangnya melalui teknologi AI, kita boleh membayangkan bagaimana seseorang mungkin kelihatan jika berada dalam suasana zaman yang berbeza. Jadi, jom tengok hasil Ayu merentas beberapa era yang SR dah cuba jana:
| 2010-an |
| 2000-an |
| 1990-an |
| 1980-an |
| 1970-an |
| 1960-an |
| 1950-an |
1940-an
|
| 1920-an |
Itu sahajalah. Muka Ayu sebenarnya tak accurate 100% pun, tapi okeylah tak sama kan hihihi... SR paling suka yang 1880-an. Nak try untuk gambar SR sendirilah! Hasilnya:

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.