Pengalaman Menginap Di XScape Tambun, Perak

Assalamualaikum wbt

#throwback


Hujung bulan Oktober tahun lepas, kami sekeluarga pergi staycation di Tambun, Perak. Saja rasa nak tidur di kawasan hutan dan bukit-bukit. Jadi, zaimi pun berjaya book bilik di Xscape Tambun. Perjalanan tak jauh pun dari Kajang, kebetulan trafik okey, perjalanan kami tak sampai 3 jam pun.

Sampai saja dekat Xscape Tambun ni, terus terasa serenity dia tau. Park jauh sikit dari building Xscape tu. Tapi tak lah penat pun nak berjalan ke bilik.

Meh SR kongsi sikit review dan pengalaman menginap di Xscape Tambun di Perak ni. Ayuh!


Kami ambil bilik family, jadi masa tu yang available adalah di blok yang ada tulis Xscape ni haa. Tingkat atas sekali. Aduh gayat sikit nak naik, sebab tangga dia yang besi lubang-lubang tu. Jenis kabin kayu, memang feeling macam duduk rumah kampung, gegar-gegar tu biasa. Haha!

Malam-malam memang sunyi, pagi-pagi memang damai gilaa sebab dengar bunyi-bunyi haiwan dan serangga hutan.


Oh ya, di Xscape ni, tak ada lobi. Tapi, ada meja pendaftaran je, tak jauh pun dari pagar masuk. Setiap penginap boleh guna basikal secara percuma, bolehlah berbasikal keliling kawasan. Ke luar pun boleh. Ada breakfast, tapi ringkas je menu dia. 

Dan, pada yang suka aktiviti lasak, dekat Xscape Tambun ni ada disediakan aktiviti caving tau. Boleh menelurusi gua yang ada di sekitar sini.

Kata orang yang jaga kaunter, tempoh masa caving tu dalam 2 jam jugalah. Kami tak join, sebab takut anak-anak tak larat sekerat jalan. Dan takut juga SR tersangkut dalam gua tu, manalah tahu sempit ke kan ahahaha

Okey gurau, SR sebenarnya tak boleh komen sebab SR tak pergi pun caving tu. Siapa berminat, bolehlah try. Ada juga wall climbing dan flying fox tau.

Ok, ini pula adalah rupa bilik family yang kami sewa di Xscape Tambun hari tu. SR mulakan dengan gambar tandas, aci tak?

Sebab apa tau, sebab tandas dia begitu nature tau korang 😂😂 Jamban menghadap cermin yang ditinted separuh. Kiranya, membuang sambil merenung pokok-pokok. Usah ditanyalah perasaan SR masa dalam tandas ni waktu malam gais.

Walaupun tak ada apa yang jadi, ada sekali orang unit bawah tutup pintu kuat-kuat, bergegar cermin tandas, SR terus meraung panggil zaimi. Gelak bila teringat balik hahaha!

Kitonyo takut gelap... Lampu toilet ni pulak memang sengaja dia buat malap agaknya, sebab tingkap tu macam tu kan. Walaupun menghadap hutan, SR memang tak berapa selesa juga nak berada dalam toilet ni lama-lama, terasa macam diperhatikan dari luar. Tapi kat luar tu hutan je sebenarnya.


Habis cerita tentang bilik air, jom tengok bilik. Bilik dia luas tau. Ada dua katil queen dan ada sofa sekali. Ada peti ais kecil, tapi unit yang kami duduk ni tak ada TV masa ni. Rosak rasanya staf tu cakap. Tapi tak apa, tak tengok pun TV.


SR tengok the boys bawa beg ke bilik dari tingkap bilik kami

Yang disediakan atas meja untuk penginap


Yang bestnya duduk menginap di Xscape Tambun ni, memang asyik duduk memandang ke arah bukit-bukit yang ada di sekeliling ni lah. Cantik, tak tertangkap dengan kamera. Tengok dengan mata memang tak sudah-sudah  memuji kebesaran Allah swt...





Unit kami tu juga ada balkoni dekat sebelah dia. Lantai dia besi lubang-lubang tu jugak. SR gayat sikit nak join zaimi dan anak-anak duduk lepak luar tu hahaha! SR duduk dekat sofa di belah dalam ajelah. Sekejap-sekejap je SR keluar.

Gayat oi!






Breakfast dia simple, tapi sedap nasi goreng dia. Kami makan di tempat yang disediakan, masih atas besi yang lubang-lubang tu, tapi atas jeram. Gittew...

Makan sambil dengan bunyi jeram mengalir 😎

Overall, pengalaman menginap di Xscape Tambun ni bestlah bagi kami. Cuma, ada 2 benda yang anak-anak idamkan, kami tak dapat fullfil. Mandi kolam dan mandi bath tub. Kolam masa tu dia baru cabut, sekarang tak tau dah ganti ke belum. Bath tub pulak hanya ada di unit atas tanah. Unit kami di tingkat 2 tu tak ada bath tub.

Sekian pengalaman SR dan famili menginap di Xscape Tambun. Bolehlah riki-riki dekat sini pada sesiapa yang berminat.

Tata!

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Uishhh menarik sangat sangat tmpt ni... Blh jer mulakan dgn gmbr tandas.. sbb semua nya lawa... Teruja tgk..

    BalasPadam
  2. Menarik tp itulah nak tua² ni tak brp nak adventure sangat dah 🤭
    Tp itulah experience mcm ni nak juga rasa at least sekali kan...

    BalasPadam
  3. Perak ni banyak juga tempat pelancongan berasaskan nature.. Menarik.

    BalasPadam
  4. Syaz hahahahahahahah tergelak langsung lihat WC nya 🤣🤣🤣

    Nasib baik tak ada kemampuan lihat makhluk halus kan, ntah2 CIK Kunti lagi duduk di batang pohon memperhati 🤣🤣. Ini yg saya tak suka, kalau toilet mandap hutan 😂. Trus cahaya remang2 pula 😅. Confirm kalau malam pengen pipis, dah pasti suami saya bangunkan 😂

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad