Sinopsis Laskar Kasih - Ida Anuar

 


Sinopsis
LASKAR KASIH

Suci tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukannya semula dengan lelaki yang menjadi luka terbesar dalam HIDUP Syafiqah, Firman Azrul, majikan yang dingin, cerewet, dan hakikatnya bapa biologi kepada anak angkat perempuannya, Elisya. Anak tidak sah taraf yang menjadi bukti cinta lelaki itu tanpa mengenal erti dosa. Pertemuan mereka bermula secara profesional di dunia logistik, namun setiap hari bekerja menjadi medan pertembungan emosi, dendam lama dan rahsia yang terkunci rapi.

Satu insiden di Pelabuhan Tanjung Pelepas mengubah segalanya. Kes tangkapan khalwat yang tidak disengajakan memaksa Firman dan Suci ke satu ikatan yang tidak pernah diminta,perkahwinan tanpa cinta, demi menjaga reputasi keluarga. Bagi Suci, pernikahan itu bukan penyelamat, tetapi penjara emosi. Dia hidup sebagai isteri yang sarat benci dan rasa bersalah, terikat dengan lelaki yang pernah menghancurkan hidup wanita lain, cinta pertama Firman yang telah pergi meninggalkan alam fana.

Dalam rumah tangga yang dibina atas paksaan, tembok dingin semakin menebal. Firman menebus dosa silam dengan diam, Suci pula bergelut dengan rasa cemburu, salah faham dan perasaan yang mula beralih tanpa dia sedari. Kehadiran Fisya, tekanan di tempat kerja, dan konflik berulang menjadikan hubungan mereka semakin rapuh, hingga Suci memilih untuk mengalah.
Namun takdir tidak pernah kejam tanpa sebab. Dalam doa subuh yang sama, dalam rutin biasa yang perlahan-lahan menyembuhkan, Firman mula belajar mencintai dengan cara yang lebih matang, manakala Suci belajar memaafkan, bukan hanya Firman, tetapi juga dirinya sendiri. Di antara penyesalan, harapan dan doa yang tidak terlafaz, mereka sedar bahawa cinta tidak semestinya lahir dari permulaan yang indah.

Kadang-kadang, cinta hadir selepas luka dan keluarga terindah terbina daripada keikhlasan menerima takdir.

400+mks, 28k pp


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad