Kenapa Anak Marah-Marah?

 Assalamualaikum dan hai semua!


Minggu ini, entah kenapa di feed media sosial SR, banyak betul lalu perkongsian pasal isu anak-anak yang dah masuk usia sekolah (8 tahun) sampailah ke peringkat remaja yang tiba-tiba jadi 'panas baran'. SR banyak terbaca rintihan mak-mak di media sosial baru-baru ini, bukan orang datang cerita secara f2f pun, tapi perkongsian itu cukup membuatkan SR terfikir panjang. 



Rupa-rupanya, ramai yang tengah bergelut dengan emosi 'anak besar' mereka. Ingatkan bila dah lepas fasa terrible twos, hidup akan jadi tenang. Tapi lain pula cabarannya bila anak dah mula pandai menjawab dan membanting pintu!


Mengapa 'Anak Besar' Cepat Marah?

Bila SR baca kupasan pakar dan pengalaman ibu bapa lain di luar sana, sebenarnya ada beberapa sebab kenapa anak usia 8 tahun ke atas ini emosinya macam roller coaster:


  • Perubahan Hormon: Seawal usia ini, hormon pre-puberty dah mula memainkan peranan. Emosi mereka jadi lebih sensitif dan sukar dijangka.

  • Letih Mental (Overstimulated): Seharian di sekolah dengan silibus yang mencabar buat mereka penat. Balik rumah, mereka lepaskan pada 'tempat paling selamat' iaitu kita, mak mereka.

  • Mencari Autonomi: Mereka mula rasa nak buat keputusan sendiri. Bila rasa dikawal, mereka memberontak melalui kemarahan.


Tips Yang SR Jumpa & Turut Amalkan

SR pun manusia biasa yang kadang-kadang buntu. Tapi melalui pembacaan SR di pelbagai portal keibubapaan, ada beberapa langkah yang SR rasa sangat praktikal untuk kita cuba bersama:


  • Validasi Perasaan Mereka: SR ada baca, daripada kita terus membebel, cuba kita akui perasaan mereka. Contohnya, "Omak nampak abamer tengah geram sekarang. Nak cerita apa yang jadi?". Bila mereka rasa didengar, api marah itu biasanya lebih cepat surut.

  • Beri Ruang Untuk Bertenang: Jangan paksa mereka bercakap masa tengah 'meletup'. Menurut info yang SR peroleh, memberi mereka ruang di dalam bilik sebenarnya membantu mereka belajar mengawal emosi sendiri sebelum berbincang secara rasional.

  • Cari Punca Sebenar (Deep Down): Kadang-kadang kemarahan itu cuma 'kulit' luar sahaja. SR belajar bahawa di sebaliknya mungkin ada rasa kecewa, penat, atau sedih yang mereka tak tahu macam mana nak luahkan dengan kata-kata.


Kesimpulan

Kita bukan mak yang sempurna, dan itu okay. Apa yang SR cuba sampaikan, janganlah kita anggap kemarahan anak itu sebagai serangan peribadi kepada kita. Sebaliknya, anggaplah itu isyarat yang mereka perlukan bantuan kita untuk menguruskan perasaan mereka. Korang ada terjumpa tips lain yang menarik atau pernah lalui situasi yang sama? Ceritalah kat ruangan komen, mana tahu pembacaan SR dan perkongsian korang boleh bantu mak-mak lain yang tengah struggle juga.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad