Kisahnya begini, SR memang seorang yang pantang nampak aplikasi berasaskan Artificial Intelligence (AI) yang baharu, mesti rasa membuak-buak nak cuba. Dipendekkan cerita, ada satu hari tu SR tergerak hati nak test satu platform AI buat lagu yang tengah viral, iaitu Suno.
Cara nak guna pun punyalah senang. SR cuma pilih genre atau style muzik yang dimahukan, taip lirik ringkas, lepas tu godek-godek sikit mana yang patut... Boom! Sekali tekan, terus siap sebaris lagu.
Maka, lahirlah lagu bertajuk "Anak Bulus Meow Meow".
Dari Hiburan Rumah, Jadi 'Earworm' Budak-Budak
Mula-mula tu, SR pasang kat rumah saja-saja nak bagi anak-anak dengar. Niat asal memang nak gelak-gelak santai dengan diorang je. Tapi tak sangka pulak, penangan lagu ni lain macam!
Asal pantang sunyi je, mulalah budak-budak ni pakat menyanyi part chorus lagu tu. Dah macam kena jampi pulak, melekat sampai jadi earworm dalam kepala masing-masing. Pusing-pusing tang tu juga diorang nyanyi!
Eh, Boleh Masuk Spotify Lah!
Melihatkan respons anak-anak yang luar biasa tu, SR pun saja lah gatal-gatal selidik jalan nak masukkan lagu ni ke platform penstriman rasmi. Bila baca perkongsian orang ramai, rupa-rupanya ada cara nak bawa lagu AI ni masuk ke Spotify!
Selepas buat sedikit kajian, SR pun cubalah nasib gunakan servis distributor DistroKid. Dipendekkan cerita... tadaaa! Lagu "Anak Bulus Meow Meow" kini dah rasmi ada dekat Spotify! Rasa macam tak percaya pun ada, kelakar pun ya. Tapi, SR tak guna nama sendiri sebagai penyanyi dan isytihar yang suara itu adalah pesona AI, SR namakan pesona AI SR sebagai Pelesit Kotak. Cuma letak nama sebenar sebagai penulis lirik lah kan. Hehe...
Nota Kaki: SR saja-saja je tau, tak ada niat langsung pun nak sailang kerusi Penulis Lagu Nombor Satu Negara. Ini sekadar projek suka-suka buat memeriahkan suasana dan buat kenangan famili.
Jom Dengar!
Alang-alang dah ada dekat platform digital tu, apa kata korang pun layan sekali? Jom pakat-pakat dengar lagu Anak Bulus Meow Meow versi SR dekat sini:
Kalau tak ada Spotify, jangan risau... korang boleh juga layan dan dengar di YouTube!
Mana tahu, lepas korang dengar, terus melekat kat kepala juga sampai termimpi-mimpi! Haha. Kalau tak ada sp Korang dah pernah try buat lagu guna Suno AI juga ke?
Cuba kongsi kat ruangan komen!
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.