SR ada come across satu isu yang tengah betul-betul hangat diperkatakan di Sepanyol. Sebagai seorang ibu dan wanita yang sentiasa perhatikan perkembangan anak-anak, hal ni memang buat SR termenung sekejap depan cawan kopi Flat White Zus Coffee yang sodap tu!
Di Sepanyol sekarang, para ibu bapa dan pihak sekolah tengah lancarkan gerakan besar-besaran untuk mengharamkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah umur. Kempen ini bermula daripada kumpulan WhatsApp kecil sesama ibu bapa yang risaukan kesan gajet, tapi dalam sekelip mata, ia meletup jadi gerakan nasional!
Beribu-ribu ibu bapa menandatangani petisyen demanding dasar yang lebih tegas daripada kerajaan.
Bila SR baca berita ni, hati SR terus rasa menyengat. Kenapa? Sebab isu ni sebenarnya bukan cuma berlaku di Sepanyol, tapi sangat dekat dengan kehidupan harian kita di sini. Kita selalu anggap "berikan telefon dekat anak" tu cara paling mudah untuk tenangkan keadaan, kan?
Tapi adakah kita sedar apa harga yang perlu dibayar?
Ibu bapa di Sepanyol bangkit sebab mereka mula nampak kesan buruk gajet terhadap mental, tumpuan pelajaran, dan kemahiran sosial anak-anak. Mereka tak mahu anak-anak membesar dalam dunia maya sebelum minda mereka sedia. Mereka pilih untuk bersuara secara kolektif demi melindungi masa depan anak-anak.
SR salute betul dengan ketegasan mereka. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa rasa berseorangan bila nak tetapkan had penggunaan gajet di rumah.
Yalah, bila kita larang, anak cakap, "Tapi kawan-kawan lain semua ada telefon!" Rasa bersalah kan? Tapi gerakan di Sepanyol ni membuktikan bahawa bila ibu bapa bersatu dan tetapkan pendirian, kita sebenarnya mampu bina persekitaran yang lebih sihat untuk anak-anak.
Untuk kita para wanita dan ibu yang membimbing keluarga, isu ni sepatutnya jadi satu tiupan semboyan. Kita tak perlu tunggu undang-undang rasmi untuk bertindak. Mulakan dari rumah kita dulu. Tetapkan zon bebas gajet, perbanyakkan aktiviti keluarga tanpa skrin, dan yang paling penting, tunjukkan teladan yang baik. Anak-anak perhatikan apa yang kita buat, bukan cuma apa yang kita cakap.
Adakah anda setuju jika had umur telefon pintar diperketatkan untuk anak-anak kita?
Penafian:
Penulisan ini bertujuan menyampaikan maklumat awam serta pandangan peribadi pengarang sahaja dan tidak menggantikan nasihat profesional perubatan, psikologi, atau keibubapaan secara khusus.
.jpg)
Isu yang sangat bernas! Perbincangan tentang had umur telefon pintar ini memang wajar dicontohi demi masa depan dan mental anak-anak.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.