Bila kali terakhir anda tidur nyenyak sekurang-kurangnya tujuh jam tanpa terjaga? Sebagai wanita yang selalu sibuk dengan tugasan seharian, kerja rumah, dan hal keluarga, SR faham sangat rasa penat yang tak pernah selesai. Kadang-kadang kita rasa mengantuk sangat, sampai nak fokus pada benda kecil pun boleh terasa sukar.
Inilah yang dinamakan sleep deprivation atau masalah kurang tidur. Sleep deprivation berlaku apabila badan kita tak mendapat jam tidur yang mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Bagi orang dewasa, keperluan tidur biasanya sekitar tujuh hingga lapan jam sehari. Tapi bagi kita yang sentiasa memikirkan pelbagai perkara, kerap kali kita korbankan waktu rehat demi selesaikan tugasan.
Kenapa Masalah Ini Boleh Terjadi?
Punca sleep deprivation ini ada banyak. Selalunya ia berlaku sebab rutin harian kita yang padat, stres yang menimbun, atau tabiat menyemak telefon bimbit sebelum tidur. Tabiat melihat skrin telefon ini nampak remeh, tapi cahaya biru daripada skrin sebenarnya menggangu pengeluaran hormon tidur kita. Selain itu, gaya hidup dan persekitaran bilik tidur yang kurang selesa juga memainkan peranan penting.
Kesan Kurang Tidur Terhadap Wanita
Bila SR kerap tidur malam lewat, kesan buruknya bukan sahaja rasa mengantuk pada siang hari. Kurang tidur yang berpanjangan boleh memberi kesan serius kepada kesihatan fizikal dan mental kita:
Emosi Mudah Terganggu: Kita jadi cepat marah, stres, dan mudah berasa lesu.
Fokus Mengurang: Susah nak berfikir dengan betul, pelupa, dan produktiviti harian menurun.
Sistem Imun Lemah: Badan jadi cepat penat dan senang dijangkiti demam atau selsema.
Kesihatan Kulit: Kulit mula nampak kusam dan lingkaran hitam di bawah mata menjadi makin jelas.
Cara Mengatasi Kurang Tidur
Jangan risau, kita boleh cuba perbaiki kualiti rehat kita secara perlahan-lahan. Antara langkah ringkas yang boleh kawan-kawan cuba amalkan:
Tetapkan Waktu Tidur Konsisten: Cuba masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Elak Skrin Sebelum Tidur: Hentikan penggunaan telefon sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Tapi yang ini susah kan hahah.
Cipta Suasana Bilik Selesa: Pastikan bilik tidur malap, sejuk, dan tenang.
Kurangkan Kafein: Elakkan minum kopi atau teh pekat pada sebelah petang.
Jaga diri dan keutamaan rehat kawan-kawan ya. Bila badan sihat dan emosi stabil, barulah kita dapat jalani seharian dengan lebih ceria!
Penafian:
Artikel di blog ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak boleh menggantikan nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional daripada pakar bertauliah.
.jpg)
Susah sangat nak dapat tidur yang cukup. Tapi kalau penat sangat tu dapatlah tidur awal. Tapi dah cukup tidur, automatik akan terjaga awal juga. Penting sangat cukup tidur ni.
BalasPadamsy ni memang sukar nak dpt tidur yg cukup kerana pasti akan tersedar utk kencing pd jam 4 am tu...
BalasPadamKalau akak kena konsisten waktu masuk tidur. Kalau terawal, akan terjaga awal lepastu takleh tidur. Terkebil² je.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.