Assalamualaikum wbt
Hujung Julai hari tu, SR dan anak bongsu SR, Ayu, pergi ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) di Kuala Pilah.
Cuba teka, kami buat apa dekat sana. Klunya, bulat.
Jawapannya akan diberi pada post yang akan datang, walaupun tak pasti lagi bilakah SR akan kemaskini post berkaitan ini 😂
Anywho, lama kan SR tak kemaskini blog tentang aktiviti kami dan guna gambar-gambar yang real. Sejujurnya SR masih trauma dengan kes gambar kami disalahguna tu.
Seram! Sebab itulah post SR lebih kepada isu am dan tak terlalu langsung dengan SR. Tambahan pula, kawan-kawan anak-anak suka curi-curi muat turun gambar dia orang.
Ada yang saja-saja save, ada yang jadikan sticker di WhatsApp. Anak-anak bising, minta SR kurang-kurangkan muat naik gambar mereka di media sosial dan internet ni.
Tak apalah, perlahan-lahan nanti akan kembali ke gaya lama. Mungkin kena adjust sikit gambar-gambar. Seronok juga baca post kawan-kawan semua yang bercerita hal seharian.
SR pun baru mula merajinkan diri untuk blogwalking dan tinggalkan jejak-jejak komen.
Perangai SR, suka buka semua blog di banyak tab serentak. Kadang tu, dah post komen, baru oerasan rupanya salah blog 😂
Contoh, blog A cerita tentang ayam, blog B cerita tentang ayam masak lemak. Terus komen yang sepatutnya tentang ayam masak lemak tadi, mixed up dengan hal ehwal ayam yang lain dekat blog A.
Maaflah kalau ada terjadi sebegitu tau Nak perjelaskan dekat bahagian komen tu, kadang belum appear sebab kena tunggu owner blog approved.
Lama-lama, lupa dan biarkan je lah di angin lalu 😂
Ok, sekian dulu. Teka celat kenapa Ayu ada di STJ!😘


Anak² ni pandai.. buat gambar sticker wasap gambar.. eh ,Linda pun tak suka lah mcm tu..
BalasPadamAlhamdulillah, lamanya tak tenguk gambar cucu wak ni.
BalasPadamMoga dipermudah kan semua nya, memang teringat kes gambar family Syaz dulu.
BalasPadamFaham sangat isu keselamatan gambar anak-anak ni. Semoga ada jawapan menarik pasal Ayu di STJ nanti, tak sabar nak tahu!
BalasPadamdulu masa anak2 sekolah rendah, ada kawan2 dorang kata ''aku nampak ko kat internet la...'' mak2 kawan anak cari info, tersampai kat blog kita..
BalasPadamWahhh..Main bola ke?hihii
BalasPadamalamak,,tak reti plak nak teka hahaa...memang bagus pun kalau kita proactive utk protect privacy...tapi tu laa..MZ memang share gmbr2 family/sendiri kat blog MZ tu sbb it is my online life journal...moga2 terhindar dari jd mangsa kecurian/salah guna gmbr etc
BalasPadamhmmm klunya bulat. Ada pertandingan bola ke? Tapi apsal ayu & omak je?
BalasPadamanak ammi masih belum marah ammi upload gambar dorang kat bloglah...
Jadi wakil sek pertandingan apa tu, Ayu?
BalasPadamAyu ada kejohanan bola baling?
BalasPadamClue nya Bulat?? Waaah nampaknya related dengan olahraga nih 😄👍. Apapun yg terbaik untuk Ayu yaaa.
BalasPadamHahahahha saya pun kalau nak BW, akan buka banyaaak tab Syaz. Yg sudah saya baca dan komen, baru saya tutup. Tp rasa2nya tak ada yg salah komen hahahahahah. Sebab saya akan komentar dulu, baru tutup tab 😄.
Anak sekarang kan dah paham teknologi. Dah bisa buat emot dari foto teman2nya.itu yg buat banyak mereka tak suka difoto. Sama dengan anak saya soalnya
Banyak je kes gambar di salah gunakan oleh orang2 tak bertanggungjawab.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.