Hari minggu lepas, kebetulan tak terkena tarikh untuk lawatan aspura mahupun outing harian di sekolah Adam. Maklumlah, sejak Adam dah masuk asrama ni, weekend kami memang selalunya berulang ke sana. Kadang-kadang ada program sekolah. Jadi bila minggu ni tak ada program dan tak boleh dilawat, kami berempat pun ambil kesempatan untuk spend time bersama.
Tak jalan jauh pun, sekitar Kajang je. Ikutkan cadangan asal, kami nak pergi main bowling. Tapi sebelum bergerak ke Metro Point, rasa macam teringin pulak nak pusing-pusing dalam Plaza Metro Kajang dulu. Memanglah mall tu dah tak berapa meriah sangat dan tak ada apa sangat pun kat dalam tu, vibe dia betul-betul terpelihara macam mall lama zaman tahun 2000-an! Ada pawagam kecil dalam tu, bowling memang tak ada tau di Metro Kajang, jangan salah Metro ya kalau mencari bowling!
| Suasana dalam plaza Metro Kajang dari tingkat atas |
Tiba-tiba, kaki ni gatal pula nak naik sampai ke tingkat atas sekali sebab dari bawah macam ternampak lampu-lampu black light dan neon. Curious punya pasal, kami naik juga. Bila sampai je kat atas, rupanya ada litar go-kart! Pusat Permainan KN kot namanya?
SR? Memang seram jugalah sebab dahlah litar tu duduk di tingkat tinggi, dinding keliling pulak jenis kaca-kaca macam tu, haha!
| Litar |
Tapi orang kat situ bagi jaminan, kelajuan go-kart tu tak tinggi pun dan memang sesuai sangat untuk budak-budak. Plus, keselamatan litar pun dijaga sebab dia ada letak pagar-pagar dan pembatas daripada tayar.
Bila Zaimi pun setuju nak bayarkan (harga pakej kombo untuk dua orang dalam RM45 untuk belas-belas minit... alamak, SR dah lupa durasi tepat dia, ampun! 🙈), makanya berimaginasilah Amir dan Ayu kat dalam litar tu.
Bukan main seronok lagi dua beradik tu! Siap ada adegan potong-memotong lagi. Bila masa dah habis? Haa, mulalah tak puas! Jenuh juga nak memujuk dan mengajak mereka berpindah ke tempat lain pulak, hahaha.
Oh ya, selain litar go-kart, kat dalam kawasan tu ada juga istana belon untuk budak-budak kecil dan kawasan main pasir. Yang tu SR memang tak ingat sangat namanya dan tak ambil port sangat sebab dari awal memang tak plan nak kasi Amir dan Ayu main kat situ. Tapi SR adalah ambil gambarnya sebab kebetulan masa kami dekat situ, tak ada pengunjung lain. Tak tahulah sebab belum sampai, tengah bulan atau memang selalunya sunyi begini. Tapi nampak bersihlah dua tempat tu, cuma gelap.
Jadi, itulah serba sedikit cerita Amir dan Ayu ber-go-kart dalam Plaza Metro Kajang. Lepas dari situ kami ke mana pulak? Haaa... tunggu next post kalau SR rajin nak menaip ya, hahaha!
| Di tempat seterusnya, cuba teka mana. |
💡 Sambil Tu, Ini Antara Kebaikan Anak-Anak Main Go-Kart:
Meningkatkan Fokus & Refleks: Anak-anak belajar membuat keputusan pantas, bila nak tekan brek, bila nak memotong, dan cara nak mengagak jarak dengan selamat.
Membina Keyakinan Diri: Mengawal kenderaan sendiri memberikan mereka rasa kebebasan, tanggungjawab, dan kepuasan bila berjaya menyelesaikan pusingan.
Mengasah Kemahiran Motor: Kawalan stereng serta pedal mengimbas koordinasi tangan, mata, dan kaki yang sangat bagus untuk perkembangan motor kasar.
Belajar Disiplin & Keselamatan: Pendedahan awal tentang pemakaian topi keledar, tali pinggang keselamatan, dan menghormati ruang pemandu lain di litar.
Pelepas Stres & Tenaga: Aktiviti yang sangat efektif untuk anak-anak melepaskan tenaga berlebihan dengan cara yang sihat dan menyeronokkan!
⚠️ Penafian (Disclaimer): Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi keluarga kami semata-mata dan bukannya satu hantaran berbayar atau ulasan tajaan (non-sponsored post). Maklumat mengenai harga, waktu operasi, durasi, dan fasiliti adalah tertakluk kepada perubahan semasa oleh pihak pengurusan premis. Sila pastikan langkah keselamatan dan pemantauan ibu bapa sentiasa diutamakan sepanjang aktiviti dijalankan.
.jpg)
Baru tahu kat sini ada tempat main Go Kart dan permainan lain. Taklah sendu sangat kan Metro Kajang ni. Pernah singgahlah beberapa kali kat sini. Mungkin nanti boleh pergi jugak. Seronok main sampai tak puas main ye dua beradik tu. Nanti bolehlah repeat dengan abadam sekali.
BalasPadamseronoknya main go cart.
BalasPadamMenarik ni. Anak² confirm la suka dapat main go kart ni.
BalasPadamalaaa dewasa punya takde ke? tapi kalau dewasa yang main memang pihak go kart tu kena risau bab safety hahaha
BalasPadamTapi semalam kan, ada lalu dekat TT, ada je orang dewasa main dekat sini, kiranya boleh sebenarnya hihi
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.