Assalamualaikum wbt
Hai semua! Ini sambungan cerita SR dan Zaimi bawa anak-anak main gokart dekat Plaza Metro Kajang hari tu. Memang Amir dan Ayu tak puas main gokart tu. Walaupun dapat banyak round juga dalam masa belas-belas minit, tapi vibe nak bermain tu masih membara! Jadi, kami terus bawa diorang turun ke arcade di tingkat bawah.
Permainan kat situ semuanya berlampu-lampu neon dan berbunyi comel, memang makan modal juga uolls! Semua kena guna token, paling kurang pun 2 token untuk satu permainan. SR bagilah sorang RM10 untuk diorang tukar di mesin token. Dekat arcade yang kami pergi ni cuma ada mesin token sahaja, tak ada staff atau kaunter.
Sebenarnya kat Level 2 ada dua tempat arcade. Satu lagi arcade tu sesuai untuk budak-budak kecik sebab ada aktiviti mewarna guna pasir dan ada staff yang jaga. Tapi kami pilih arcade yang satu lagi sebab permainan kat situ lagi fun dan sesuai untuk umur Amir dan Ayu.
Bila dah pegang token masing-masing, bermulalah gameplay pelbagai mainan. Ada main memancing, tunggang superbike, main bola keranjang, test kekuatan penumbuk, dan ketuk kepala memerang yang keluar dari lubang. Dekat 30 minit minimum kami chill layan diorang kat situ.
Bila token dah habis, barulah teringat balik original plan kami nak pergi main bowling. Zaimi ajak kami terus move on ke Metro Point Kajang. Sebelum sampai, SR dah pesan siap-siap dekat Amir dan Ayu supaya jangan high expectation sangat dapat lane. Maklumlah hari Sabtu, risau full house atau ada tournament.
Tapi nak kata rezeki budak-budak tu, bila sampai je memang banyak lane kosong! Alhamdulillah. Zaimi terus booking dua game untuk mereka bertiga. Stokin memang dah bawa siap, jadi hanya sewa kasut je dekat situ.
Kami main for fun sahaja. Bola masuk longkang tu perkara biasa, memang berderet longkang haha! Zaimi je yang ada beberapa kali buat strike dan spare. Amir ada juga dapat spare. Ayu pula sebab baru umur 8 tahun, bola masuk longkang tu dah macam routine setiap kali baling. Tak apa Ayu, dulu abang Amir dan Adam pun macam tu juga. Yang penting Ayu gembira!
SR pula hanya duduk kat tepi spectating diorang main. Lutut SR tengah sakit, malas nak menambah beban. Karang tak pasal-pasal balik rumah terhencut-hencut pula. Sambil-sambil perhati diorang baling bola, SR ada order fries goreng untuk kami snacking sama-sama.
Lepas selesai dua game bowling, adrenaline diorang masih on top. Bila tanya nak balik ke tak, serentak Amir dan Ayu jawab belum nak balik! Diorang ajak pergi karaoke Manekineko yang terletak betul-betul sebelah tempat bowling tu. SR cakap dekat Zaimi, bolehlah masuk sekejap. Sambil-sambil emak dan ayah recharge tenaga kat dalam, diorang boleh menyanyi.
Kami pun book satu jam untuk 4 orang. Uih, sebab weekend, berpeluh juga nak membayar harganya aaakkk!
SR dah pesan awal-awal, bila dah bayar kena menyanyi betul-betul, rugi kalau tak nyanyi! Tapi Ayu dengan Amir bukannya menyanyi sangat pun. Diorang lagi sibuk keluar masuk bilik ambil free drink kat luar tu. Sabar je lah dengan kerenah budak-budak ni.
Akhirnya SR yang ambil mic dan slay dua buah lagu. Satu lagu daripada Ella dan satu lagu Anis Suraya. Zaimi pula ambil peluang power nap sekejap.
Bila anak-anak ambil giliran menyanyi, diorang pilih lagu Baby Shark dan beberapa lagu yang SR sendiri tak pernah dengar. Pelik betul mana diorang tahu lagu-lagu tu, memang trending betul dalam kalangan budak-budak sekarang. Antaranya lagu Kasih Aba-Aba (SR macam clueless kejap lagu apa ni?), lagu Tabola Bale, lagu Stecu Stecu, dan lagu-lagu K-Pop Demon Hunter.
Yang SR biasa dengar pun mungkin lagu Die With A Smile nyanyian Lady Gaga dan Bruno Mars, serta lagu Angan-Angan daripada Raja Ema.
Habis sahaja masa satu jam kat karaoke, perut masing-masing dah mula berkeroncong kelaparan. Kami terus berjalan mencari kedai makan yang ada di dalam Metro Point tu juga. Kisah makan-makan kami ni SR akan update dalam next entry ya! Kalau rajin menjelma ehehehe! Sekian dulu gais!
| Till soon! |
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.