Sambungan daripada cerita kami sekeluarga main arcade, bowling, dan karaoke hari tu... Haa, hari yang sama jugaklah Amir dan Ayu pergi main go-kart dekat Plaza Metro Kajang. Memang betul-betul long day untuk kami! Pulun habis berhibur dari pagi sampai ke petang, sampai masing-masing dah penat tapi gembira.
Habis je masa dekat karaoke, benda pertama yang kitorang cari mestilah tandas. Yalah, masing-masing pundi kencing dah sarat sangat nak kena kosongkan! Cuma ada satu benda yang SR kurang gemar pasal tandas dekat Metro Point Kajang ni... tandas dia tak ada bidet asing, jenis yang memancut terus dari dalam mangkuk tandas tu. Sejujurnya SR geli sikit jenis macam ni, maaf ya!
Nasib baiklah ada satu stall khas untuk ibu dan anak. Dalam tu ada dua mangkuk tandas, satu saiz besar dan satu saiz kecil. Yang jenis ni ada bidet biasa. Jadi SR guna yang tu je. Zaimi dan Amir pun beritahu dekat tandas lelaki pun dorang guna stall parent dan anak jugak. Lega betul rasa, nasib baik ada pilihan!
Bila pundi kencing dah kosong dan setel selesai solat, baru dapat teruskan misi seterusnya. Apa lagi kalau bukan nak cari makan! Perut masing-masing dah mula berkeroncong minta diisi.
Pada mulanya SR ingat nak ajak makan dekat The Chicken Rice Shop. Tapi anak-anak tak nak pulak sebab baru je makan masa Adam Outing Harian minggu sebelumnya.
Akhirnya SR ajak dorang ke Ah Cheng Laksa. SR dengan Zaimi sebenarnya dah pernah makan dekat sini, cuma anak-anak je yang belum pernah. Jadi ini kira pengalaman pertama untuk Amir dan Ayu.
Dua-dua excited bila masuk kedai. Dorang suka tengok dekorasi interior Ah Cheng Laksa yang bertemakan kayu, siap ada bumbung awning kayu ala-ala gerai di tepi sawah. Memang ralit dorang memerhati sekeliling kedai sementara tunggu makanan sampai.
Amir: Nasi Lemak Ayam Rempah Junior
Ayu: Noodles Goreng (dia tak nak nasi dan tak nak jenis berkuah)
SR & Zaimi: Mi Kari Ah Cheng Laksa
Minuman: SR order air longan yang segar tu. Minuman dorang bertiga pulak... jujur SR dah lupa dorang order air apa, haha!
Total bil makan kitorang berempat hari tu dalam RM100 lebih. Bagi SR harganya berbaloi dan pengalamannya pun best.
Satu benda yang SR puji sangat ialah servis daripada staf Ah Cheng Laksa Metro Point Kajang ni. Staf dorang sangat mesra dan prihatin! Dorang siap tawarkan untuk tukarkan kerusi SR dan Ayu daripada kerusi stool (tanpa penyandar) kepada kerusi yang ada tempat sandar. Kebetulan ada meja kosong berdekatan. Agaknya staf tu nampak kitorang berdua ni macam comel-comel gebu, kesian pulak nak kena duduk stool lama-lama kan? Haha! Apa-apa pun, terima kasih banyak untuk servis yang prihatin tu!
Selepas selesai makan dan kenyang perut, kitorang singgah pulak beli cheese tart di KFO Cheese Tart yang terletak di tingkat yang sama dengan Ah Cheng Laksa tu. Beli sikit untuk pencuci mulut sebelum gerak balik rumah. Secara keseluruhannya, memang penat sangat hari tu. Tapi rasa puas hati sebab dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga!
Itulah sahaja dahulu, tata!
.jpg)
Memang betul-betul berlibur dan bertapa di Metro Point Kajang.
BalasPadamSelalu nmpk ah cheng laksa ni tp x pernah lg try
BalasPadampernah sekali memandu sendiri ikut arahan adik ipaq ke metro kajang ni, g cari kedai hiasan rumah.
BalasPadamSakan ni berfoya-foya. Sesekali bukan selalu ada masa macam ni kan. Saya pun tak suka jenis bidet built in tu. Lebih suka bidet asing. Tak selesa macam tu kan. Nasib baik jugalah tandas khas ada bidet.
BalasPadamSuka tengok ID Ah Cheng Laksa ni, kopitiam gitu kan. Tak pernah lagi makan-makan kat Ah Cheng Laksa ni.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.