Pernah tak tengah syok tidur, tiba-tiba rasa dada panas, anak tekak rasa asam, dan dada mula pedih? Hadiah "istimewa" waktu malam ini tak lain tak bukan ialah pedih ulu hati atau acid reflux. Sebagai wanita yang kerap multitasking, daripada urusan kerjaya, menguruskan rumah tangga, hinggalah hal anak-anak... gangguan tidur macam ini memang boleh merosakkan mood seharian.
Jangan risau, SR pun pernah lalui fasa ini! Kali ini, SR nak kongsi kenapa isu ini kerap melanda golongan wanita dan apa yang kita boleh buat untuk dapatkan tidur yang lena semula.
Kenapa Wanita Selalu Kena Pedih Ulu Hati Masa Tidur?
Secara biologi dan gaya hidup, ada beberapa faktor utama kenapa kita sebagai wanita lebih terdedah dengan masalah ini:
Perubahan Hormon: Hormon progesteron yang tinggi, sama ada ketika fasa sebelum haid, waktu mengandung, atau persediaan meniti fasa menopause, boleh melonggarkan injap lower esophageal sphincter (LES). Bila injap ini longgar, asid perut dengan mudahnya "naik jalan-jalan" ke esofagus, lebih-lebih lagi bila kita baring rata.
Tabiat Makan Malam Terlalu Late: Selepas penat seharian, waktu malam kerap jadi ruang untuk kita reward diri dengan makanan berat atau snek. Makan lewat malam dan terus baring menyebabkan perut tak sempat nak cerna makanan sepenuhnya.
Tekanan & Stres: Bila kepala penuh dengan senarai tugasan (mental load), tahap stres kita meningkat. Stres secara tidak langsung boleh merangsang pengeluaran asid perut berlebihan dan memperlahankan proses penghadaman.
Pakaian Tidur Terlalu Ketat: Memakai pakaian tidur yang ketat di bahagian pinggang boleh memberi tekanan fizalkan ke atas perut, menolak asid naik ke atas sewaktu baring.
Petua untuk Tidur Lebih Nyenyak
Kalau isu ini selalu mengganggu tidur anda, cuba amalkan beberapa langkah mudah ini:
Tidur Mengiring ke Kiri: Secara anatomi, mengiring ke kiri meletakkan sambungan perut dan esofagus lebih tinggi daripada paras asid perut, sekali gus mengurangkan risiko asid naik.
Tinggikan Bahagian Kepala: Gunakan bantal tambahan atau wedge pillow. Pastikan kedudukan dada hingga kepala sedikit tinggi, bukan sekadar kepala sahaja.
Beri Jarak 3 Jam Sebelum Baring: Pastikan jam terakhir anda makan adalah sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masuk tidur.
Elak Makanan Pemicu (Trigger Foods): Kurangkan pengambilan makanan pedas, berlemak, minuman berkafein, atau buah-buahan berasid menjelang waktu malam.
Jangan biarkan malam anda terganggu lagi. Jaga pemakanan, rehatkan minda, dan dapatkan tidur berkualiti yang kita semua berhak dapat!
Penafian: Artikel ini untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak menggantikan nasihat profesional perubatan. Sila rujuk doktor jika simptom berlarutan atau semakin berpanjangan.
.jpg)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.