Tangan Mengelupas Teruk Selepas 40



Sedar tak sedar, bila umur dah cecah 40-an ni, banyak benda dekat badan kita yang mula buat "perangai". Kalau dulu kulit muka je yang kita sibuk jaga, sekarang ni tapak tangan pula yang mula rasa kering, kasar, sampai mengelupas teruk. Cobaan...


Bila tengok jari-jemari sendiri, rasa pedih satu hal, rasa kurang keyakinan diri pun ada. Lagi-lagi bila nak bersalaman dengan orang atau nak hidang makanan untuk keluarga. Kenapa perkara ni berlaku bila kita masuk alam 40-an? Jom SR kongsikan puncanya yang ada SR gigihkan diri buat pembacaan sikit.


Punca Tangan Mudah Mengelupas Bila Masuk 40-an


Perubahan Hormon dan Penurunan Kolagen

Bila usia meningkat, penghasilan kolagen dan minyak semulajadi pada kulit akan berkurang. Kulit tangan kita yang sememangnya nipis akan jadi makin nipis dan hilang kelembapan dengan cepat.


Kerap Terdedah Kepada Bahan Kimia

Sebagai ibu dan wanita, tangan kita inilah yang buat semua kerja. Basuh pinggan, cuci baju, cuci tandas, dan sediakan bahan masak. Sabun pencuci biasanya mengandungi bahan kimia kasar yang menghakis lapisan pelindung kulit kita.


Tabiat Mencuci Tangan

Selepas era pandemik, kita dah terbiasa cuci tangan kerap atau guna hand sanitizer. Walaupun bagus untuk kebersihan, kandungan alkohol boleh mengeringkan kulit tangan jika tak disusuli dengan pelembap.


Tip Penjagaan Tangan Kering 

SR faham, kita mana boleh berhenti buat kerja rumah, kan? Tapi ada beberapa langkah mudah yang SR ada jugalah cuba amalkan untuk kurangkan masalah ini:

  • Guna Sarung Tangan Plastik/Getah: Bila nak cuci pinggan atau pegang bahan pencuci, wajibkan diri guna sarung tangan. Ini langkah paling penting untuk lindungi kulit. Nak gaul kunyit pada ikan sebelum goreng pun, SR pakai sarung tangan plastik jernih tu sekarang! Haha...

  • Tukar Sabun Pencuci: Pilih sabun cuci pinggan atau sabun mandi yang bebas SLES/SLS dan ada bahan pelembap semulajadi.

  • Kerap Sapu Krim Tangan (Hand Cream): Letak hand cream di ceruk tempat yang mudah dicapai. Lepas cuci tangan, terus sapu. Pilih yang mengandungi ceramide, shea butter, atau glycerin.

  • Petua Minyak Zaitun: Sebelum tidur, SR suka sapu minyak zaitun atau petroleum jelly pada tapak tangan, kemudian pakai sarung tangan kain nipis semalaman. Bangun pagi besoknya, rasa lembut sangat! Tapi selalunya lupa, terus terlelap je bila dah pukul 10 lebih.


Jangan biarkan tangan kita menderita diam-diam. Jaga diri kita dulu, barulah kita dapat jaga keluarga dengan selesa!


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk maklumat umum sahaja dan bukan nasihat perubatan. Sila dapatkan pengesahan atau rawatan daripada doktor pakar jika masalah kulit berlarutan.

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Skrg ni musim panas...tgn n bibir pn mudah kering dan merekah

    BalasPadam
  2. Amalkan tip penjagaan yang sempurna

    BalasPadam
  3. Bila makin berusia ini memang kena penjagaan lebih..

    BalasPadam
  4. Betuuuul. Saya sendiri mungkin Krn rutin pakai body butter, dan hand cream, jadi Alhamdulillah sampai usia 40+++++ ini tangan blm terasa kasar atau kering. Plus coba minum juga suplemen kolagen. Saya rutin tiap malam. At least buat kulit LBH sehat

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad