Throwback Lepak Zus & Klinik Gigi

 Assalamualaikum wbt


Bila ada anak-anak ni, perancangan kita kadang-kadang boleh berubah minit terakhir, kan? Itulah yang jadi masa bulan Jun lepas.


SR dah siap set appointment awal-awal kat Alo Dental, Sunway Gandaria Bangi untuk sesi penjagaan gigi Amir dan Ayu. Rancangan asalnya simple je, sebab tu awal pagi lagi SR dah bawa budak berdua ni keluar:


Tapi bila kitorang sampai kat klinik, staf inform yang doktor gigi bertugas tersangkut dalam trafik dan akan lambat sikit. Kebetulan Amir dan Ayu pun dah mula mengadu lapar, jadi SR pun terus bawa diorang turun berjalan kejap dekat aras yang sama.


Masa tulah kitorang ternampak Zus Coffee, dan SR kata why not sebab SR pun malas pula nak keluar dari building Sunway Gandaria ni. Kiranya ini kali pertama SR, Amir, dan Ayu merasa lepak kat Zus Coffee sama-sama! 


 


Suasana Cozy & Hujan 

Hari pula memang tengah hujan dekat luar masa tu. Bila masuk je dalam kafe yang berpendingin hawa dengan bau kopi yang harum, rasa tersangatlah cozy dan tenang!

Untuk menu pagi tu:

  • SR: Iced Buttercreme Latte & Plain Donut.

  • Amir & Ayu: Seorang satu Iced Babycino & Cheesy Sausage Roll.


Sambil melayan anak-anak makan sausage roll dan hirup Babycino diorang, rasa macam mini date pulak dengan anak-anak. 

 

Sambil-Sambil Tu: Apa Beza Babycino, Buttercreme Latte & Kopi Biasa?

Memandangkan ramai juga yang teringin nak bawa anak lepak kafe tapi risau pasal kafein, ini beza ringkas menu yang kitorang order hari tu:


  • Babycino (Mesra Kanak-Kanak):

    TIADA KAFEIN. Ia sebenarnya hanyalah susu segar yang dipanaskan (atau disejukkan) dan dipukul sehingga berbuih (frothing), kemudian ditabur sedikit serbuk coklat di atasnya. Memang rekaan khas untuk kanak-kanak rasa 'bergaya' minum seperti orang dewasa!

  • Buttercreme Latte:

    Mengandungi kafein (espresso). Ia adalah adunan espresso bersama susu segar yang ditambah lapisan krim buttercreme kaya, manis, dan berlemak. Rasa kopinya lebih lembut (smooth) berbanding kopi biasa.

  • Kopi/Latte Biasa:

    Minuman berasaskan espresso dan susu tanpa lapisan buttercreme atau perisa berlebihan. Ia lebih mengutamakan rasa asli biji kopi (bold) dan kurang manis.


Siap je makan dan perut masing-masing dah kenyang, kitorang pun beransur gerak balik semula ke klinik gigi. Tak lama lepas tu, doktor pun sampai dan urusan cabut gigi Amir serta sapuan fluorida mereka berdua pun berjalan lancar!



 

Kenapa Perlu Bawa Anak ke Klinik Gigi Secara Berkala?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, wajib ke bawa anak semuda Ayu dan Amir ke klinik gigi kalau tak ada sakit gigi? Jawapannya: Sangat penting!


Pemeriksaan gigi seawal usia kanak-kanak membantu:

  • Membina Pengalaman Positif: Anak-anak tak rasa takut atau trauma dengan doktor gigi (dental anxiety) bila dah biasa dengan persekitaran klinik.

  • Pencegahan Awal: Doktor dapat mengesan masalah gigi berlubang atau pertumbuhan struktur rahang sebelum ia menjadi lebih teruk.


1. Kepentingan Sapuan Fluorida (Fluoride Treatment) untuk Anak

Lapisan fluorida yang disapu oleh doktor gigi bertindak sebagai 'perisai tambahan' untuk gigi anak-anak. Antara kebaikannya:

  • Menguatkan Enamel Gigi: Membantu mengembalikan mineral pada struktur gigi yang mula lemah.

  • Mencegah Merekut & Berlubang: Mengurangkan risiko kerosakan gigi akibat karies, terutamanya bagi kanak-kanak yang suka makan makanan manis.


2. Kenapa Gigi Susu yang Longgar Wajib Dicabut?

Penting untuk ibu bapa tahu, gigi susu yang dah mula goyang/longgar perlu dipantau. Jika tidak dicabut pada masa yang betul:

  • Gigi Kekal Tumbuh Senget: Gigi kekal di bawah akan mula menolak keluar. Jika gigi susu tidak mencabut, gigi kekal terpaksa keluar dari arah tepi/belakang dan menyebabkan susunan gigi bertindih atau bersepah.

  • Ketidakselesaan Masa Makan: Gigi yang terlalu longgar boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan semasa anak mengunyah makanan.


Harga? Masa SR pergi tu, cabutan dalam RM90 sebatang gigi dan sapuan fluoride pula RM100 untuk seorang, tak termasuk consultation (RM50).


Selesai dah cerita throwback yang terperam berapa bulan dalam draft ni, hehe. Kadang-kadang, momen tak dirancang macam ni lah yang jadi kenangan paling manis dengan anak-anak! 


Ibu bapa luar sana dah bawa anak-anak buat dental check-up tahun ni? Jangan lupa temujanji gigi anak-anak ya!



Penafian (Disclaimer): Perkongsian dalam entri ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi SR bersama anak-anak serta maklumat am sahaja. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional. Sila dapatkan nasihat atau khidmat nasihat terus daripada doktor gigi berbertauliah untuk sebarang isu kesihatan pergigian anak anda.


Catat Ulasan

16 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comelnya mini date di Zus Coffee sementara tunggu giliran kat klinik gigi. Anak-anak mesti seronok dapat Babycino!

    BalasPadam
  2. Moment tak dirancang yg menjadi kenangan manis bersama anak2. Moga gigi Ayu dan Amir terus kuat dan kekal sihat. Salam ukhwah :)

    BalasPadam
  3. Zus cafe trmpt lepak yang best, seorang atau ramai² semua okay. Baru perasan ada air yg mesra kanak² ye . Thx for the info

    BalasPadam
  4. Ibu yg prihatin
    Untung ank2 syaz
    Gg memang penting dari kecik kena didik supaya tak takut nk jumpa doktor kan

    BalasPadam
  5. Done bawa Adik ke dentist last week.
    Seronok kan ngopi dgn anak²

    BalasPadam
  6. Comelnya mini date dengan anak-anak..

    BalasPadam
  7. Bagusnya sapuan fluorida untuk lindungi enamel gigi anak! Sangat bantu prevent karies & gigi berlubang. Anak Sis mula fluoride treatment ni dari umur berapa tahun ya?

    BalasPadam
  8. ada babycino...1st time dgr..buttercream latte pernh try kwn order tp kita suka buttercream latte dkt GIGI Coffee

    BalasPadam
  9. bestnya dpt spent masa dgn anak2.
    buah2 .. MA suka buah oren, apple, jambu, dragon, blueberry...buah2 yg x manis sgt la...

    BalasPadam
  10. Baru tahu ada sapuan fluorida untuk budak-budak.

    BalasPadam
  11. Bagus check gigi secara berkala ni. Dapat jaga gigi dengan lebih baik. Oo baru tahu babycino tu tak ada kaffein. Dapat jugalah minidate dengan anak-anak. Ada hikmahnya doktor datang lambat hari tu.

    BalasPadam
  12. babycino tu antara pilihan minuman yg kami order kalau lepak kat zuss..selain tu, MZ suka watermelon frappe tapi memang manis lah, nama pun frappe. bagus tu check dan buat rawatan gigi secara berkala!

    BalasPadam
  13. buttercream latte zus mmg sedap
    tp tu laa lain tmpt lain kesedapannya

    mahal juga ya sebatang RM90...

    BalasPadam
  14. Perkara yang dirancang itu kadang-kadang memberi kenangan manis yang tiba-tiba begitu ye. KSarie sampai tua ni takut nak pergi klinik gigi

    BalasPadam
  15. Saya yang ada Zus kat bawah ofis ni pun berapa kali je masuk membeli kat situ. Bukan kopi lover.

    BalasPadam
  16. Langsung teringat blm lagi bawa anak2 ke dentist untuk cek. Dulu tiap gigi susu mereka goyang, sayapun LGS bawa ke dokter saja. Kecuali ada beberapa gigi yg bisa lepas sendiri 😅

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad