Pernah tak masa pergi cuci kereta, pekerja car wash tanya, “Nak tambah water wax sekali?”
Kalau jenis macam SR yang hanya tahu bawa kereta dan isi minyak je ni, istilah water wax ni memang boleh buat SR terfikir sekejap. Apa benda pula water wax ni? Wax campur air ke? Berbaloi ke tambah duit?
Kitonyo memang tahu dua benda tu je, servis kereta pun Zaimi yang uruskan termasuklah tayar dan bateri kereta, even pewangi kereta pun dia yang belikan hahaha. Jadi bila ditanya begitu, tergamamlah sekejap nak jawab ya atau tidak. Sebab SR pernah cakap 'ya' untuk satu soalan, rupa-rupanya proses waxing yang guna bahan macam paste tu, menyebabkan SR kena bayar RM400 lebih... huwaaa!
Rupanya, water wax memang antara servis tambahan yang biasa ditawarkan di pusat cucian kereta. Fungsinya agak mudah difahami dan ia bukanlah sama sepenuhnya dengan proses wax kereta secara tradisional. Harga dia pun kalau di Bangi ni, dalam RM30+ dan tidaklah sampai ratus-ratus ringgit...
Apa Itu Water Wax?
Secara ringkas, water wax ialah produk perlindungan permukaan kereta dalam bentuk cecair yang biasanya digunakan ketika atau selepas proses mencuci kereta. Bergantung pada produk dan kaedah sesebuah car wash, ia boleh disembur pada permukaan kereta yang masih basah sebelum kereta dikeringkan. Ada juga produk yang mempunyai cara penggunaan berbeza mengikut formulasi pengeluar.
Tujuan utamanya adalah untuk memberikan lapisan perlindungan sementara pada permukaan cat sambil membantu menghasilkan kemasan yang lebih berkilat. Sebab itulah selepas ambil pakej water wax, kadang-kadang kita rasa kereta nampak lebih bersih, licin dan berkilat berbanding cucian biasa.
Apa Fungsi Water Wax?
Antara fungsi water wax adalah membantu menghasilkan kesan hidrofobik pada permukaan kereta. Maksud mudahnya, air lebih cenderung membentuk titisan atau water beading berbanding terus melekat rata pada permukaan. Selain itu, water wax juga boleh membantu memberikan kilauan tambahan pada cat kereta serta menjadikan permukaannya terasa lebih licin.
Kesan ini mungkin menyebabkan kotoran ringan dan air lebih mudah dibersihkan selepas itu. Tetapi tahap keberkesanannya bergantung pada jenis produk, keadaan cat kereta dan cara ia digunakan.
Water Wax Sama Dengan Wax Biasa?
Tidak semestinya. Wax tradisional biasanya memerlukan proses sapuan pada permukaan cat, dibiarkan mengikut tempoh tertentu dan kemudian digilap. Proses ini mengambil masa lebih lama. Water wax pula lebih praktikal untuk servis cucian kereta kerana proses aplikasinya biasanya lebih cepat. Sebab itulah kita selalu nampak ia ditawarkan sebagai tambahan kepada pakej mencuci kereta.
Namun, jangan anggap sekali buat water wax, perlindungan cat terus tahan berbulan-bulan ya. Ketahanannya berbeza mengikut formulasi produk, cuaca, kekerapan kereta dicuci dan keadaan penggunaan harian.
Berbaloi Ke Ambil Water Wax?
Bagi SR, ia bergantung kepada apa yang kita harapkan. Kalau sekadar mahukan kereta nampak lebih berkilat selepas dicuci dan ada sedikit perlindungan tambahan pada permukaan cat, water wax boleh dipertimbangkan.
Tambahan pula, prosesnya cepat. Sesuai sangat kalau jenis hantar kereta ke car wash, duduk tunggu sambil tengok telefon, kemudian mahu balik dengan kereta yang nampak bersih dan berkilat. Cuma kalau sasaran kita ialah perlindungan cat yang lebih tahan lama, eloklah semak pilihan lain seperti wax tradisional, sealant atau ceramic coating. Ketiga-tiganya mempunyai ciri, kos dan tahap ketahanan yang berbeza.
Sekurang-kurangnya lepas ni kalau pekerja car wash tanya, “Kak, nak water wax sekali?”, dah tak adalah SR terpinga-pinga fikir dia nak sembur air apa dekat kereta kita. Rupanya ia cuma salah satu cara mudah untuk memberikan sentuhan akhir dan perlindungan sementara selepas kereta dicuci.
Penafian
Maklumat ini bertujuan sebagai panduan umum penjagaan kenderaan. Keberkesanan water wax bergantung pada formulasi produk, kaedah aplikasi, keadaan cat dan faktor persekitaran semasa penggunaan.

tak pernah pun ambil water wax tu. mahal..hahaha
BalasPadamGood sharing. Kami selalu basuh biasa je =D
BalasPadamkat sini water wax RM20 shj. Memang selalu ambil..selain nampak berkilat...kalau hujan kotoran tak lekat sangat.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.