Aiskrim Vanilla Mix Sea Salt Ai-Cha Senawang



Dua hari lepas, SR dengan Zaimi ada balik Senawang kejap. Tujuan utamanya nak hantar beberapa kotak barang dari rumah Kajang ni ke sana. SR cuma bawa barang yang betul-betul penting dulu, terutamanya kotak yang penuh dengan data untuk projek PhD SR tu.


Risau sangat kalau suruh naik lori nanti terselit atau hilang. Boleh menangis tak berlagu dibuatnya sebab banyak lagi raw data yang SR belum sempat analisis. Alahai, bila dah jadi pelajar tua ni, gaya buat kerja pun memang santai bak siput.


Ai-CHA Taman Bandar Senawang



Bila dah sampai Senawang, kitorang singgah ambil cadar dan toto yang hantar ke dobi berdekatan Coco Drive. Tengah lalu depan kedai Ai-Cha Taman Bandar Senawang tu, terus teringat aiskrim cone dia yang warna putih biru tu, perisa Vanilla Mix Sea Salt yang Ayu pernah beli masa kami stranded di Ai-CHA Kuala Lipis sebab tayar pancit hujung Ogos lepas. Terliur pula kan, sebab beberapa minggu lepas, kami masuk Ai-CHA ni berempat, tapi dah malam masa tu dalam pukul 9.30, yang perisa Sea Salt tu dah habis. Kempunan SR masa tu macam mak Pekan dalam Batu Belah Batu Bertangkup hahaha!


Ai-CHA Taman Bandar Senawang


Ai-CHA Taman Bandar Senawang


Jadi, sementara Zaimi pergi ambil barang dekat dobi, SR pun melangkah masuk dalam Ai-Cha dan terus pesan dua cone Vanilla Mix Sea Salt. Senang sangat sebab boleh bayar guna kod QR je. SR memang tahu kedai tu terima pembayaran tanpa tunai. Leganya rasa sebab dari kereta tadi cuma bawa telefon bimbit je, beg duit pun tak bawa. Sambil-sambil tu SR sempat perhati sekeliling, punyalah bersih outlet Ai-CHA Taman Bandar Senawang ni, bagus betul diorang bab jaga kebersihan.


Ai-CHA Taman Bandar Senawang

Ai-CHA Taman Bandar Senawang


Siap order, terus bayar sebab memang tak plan nak beli benda lain pun. Masa bayar tu tak sampai RM4 pun untuk dua cone. Dalam masa tak sampai seminit, aiskrim dah sedia di tangan. Memang pantas betul perkhidmatan diorang. Terbaik! Mungkin sebab ada dua pelanggan aje masa tu.


Vanilla Mix Sea Salt


Bila dah dapat, laju-laju kitorang dua suami isteri makan dalam kereta. Aiskrim jenis macam ni kan cepat cair bila dah bawa keluar dari outlet, lagi-lagi dengan cuaca negara kita yang panas sekarang ni. Tapi memang puas hati sangat sebab SR dah lama teringat-ingat nak makan. Rasa lemak manis vanilla digabung dengan sea salt tu memang ngam, terus jadi perisa kegemaran SR dekat Ai-Cha. 


Korang dah pernah cuba tak perisa Vanilla Mix Sea Salt ni?


Penafian: Hantaran ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi SR semata-mata dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Harga dan tawaran menu di kedai berkenaan mungkin berubah mengikut promosi semasa outlet tersebut.

Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wow... tak pernah cuba yg Ai Cha punya... boleh la try nantii

    BalasPadam
  2. ammi tak pernah beli aiskrim ai-cha ni.
    btw, post SR pasal lagu Green Day tu mmg dibuka ruangan komen ke macam mana? Kita laju je nak komen tapi ehhh tidak keluar ruangan itu walaupun dah direfresh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je ammi, agaknya masa tu Blogger tengah meragam hihi

      Padam
  3. SR pindah ke area N.9 ya?. Hari tu pun ada tengok2 rumah kat N.9

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pindah semula ke rumah kami di N9 tu hihi, di Kajang ni kami menyewa sebab cuti belajar

      Padam
  4. Walaupun ai Cha ini dari Indonesia, tapi saya tak pernah coba 🤣🤣. Padahal dekat rumah saya ada beberapa cabangnya 🤭🤭.

    Nantilah nak coba. Penasaran pula dengan rasa seasalt. Biasanya sedap varian rasa seasalt

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad