Pages

Search This Blog

Showing posts with label Earth Hour. Show all posts
Showing posts with label Earth Hour. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

8 cara hebahkan Earth Hour

Salam semua =)

Seperti yang kita semua sudah maklum,
27 Mac ni akan ada Earth Hour, yang dijangka berlangsung pada pukul 8.30 - 9.30 malam!~

Marilah kita sama-sama memadamkan lampu dan sebanyak mungkin barang elektrik dirumah kita,
di kedai kita, di asrama kita, atau di mana-mana sahaja, hanya untuk 1 jam sahaja.
Semua ini untuk kepentingan kita juga, inilah masanya kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi yang kita diami ini..

1 jam tak lama pun =)

Untuk memeriahkan lagi Earth Hour 2010 ni, mari kita sama-sama ramai-ramai hebahkan mengenai Earth Hour ini. Jom lah tunujukkan yang rakyat Malaysia pun prihatin juga, kan? :)

Mengikut Squidoo.com, dia ada bagi beberapa cara untuk kita hebahkan Earth Hour ini kepada mereka yang berada disekeliling kita, tapi yang mungkin tak tahu, atau lupa mengenai Earth Hour ini.

8 cara yang aku rasa relevan dan senang untuk kita laksanakan adalah:

1) E-MAIL

Kita boleh menghantar email kepada kenalan dan famili kita untuk memberitahu mengenai Earth Hour ini, boleh juga menggunakan surat biasa dan setem 30sen. Mana pun boleh, asalkan mesej kita sampai. Tetapi janganlah letak subjek email "Earth Hour", tapi bila klik, pergi laman web yang 'dapat2 duit' tu pulak ye.. memang nak kena sumpah..


2) FACEBOOK

Kebanyakan orang ada akaun Facebook sekarang, jadi bolehlah kita tulis mengenai Earth Hour ini dibahagian Status, ataupun Notes.. Di Facebook juga banyak page/group mengenai Earth Hour ni, yang boleh kita join dan invite sekali kawan2 kita..


3) FORUM

Kepada mereka-mereka yang gemar mencipta topik diforum, ha inilah masa yang sesuai untuk kita hebahkan Earth Hour ni, boleh juga kita bincangkan lebih lanjut mengenai Earth Hour ni, apa boleh dibuat dalam gelap2 tu, apa lagi yang boleh kita jimatkan.. macam2 lagi..


4) CAKAP

Cakap..cakap! Macam tuan direktor Ahmad Nisfu suruh.. Cakap saja mengenai Earth Hour ni kepada sesiapa yang kita jumpa, walaupun orang yang berdiri sebelah kita dalam LRT..haha.. Tapi tengok la mood dia dulu, buatnya dia tengah hangen 1 badan, karang Earth Hour kemana, kau kemana..


5) TELEFON

Sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada handphone, maka bolehlah sebarkan Earth Hour ni melalui telefon, tak pun SMS saja kalau kedekut kredit.. Sambil tanya-tanya khabar tu, boleh lah selit2 sikit cakap pasal Earth Hour ni..tak salah beringat2 ni.. 


6) PAKAIAN

Untuk kesan yang lebih menyeluruh kepada umum, anda juga boleh membeli dan memakai pakaian yang ada tercetak mengenai Earth Hour ini. Jadi bila masyarakat melihat cetakan di baju, topi, beg atau seluar anda itu, mungkin mereka akan teringat dan turut melaksanakan Earth Hour ini..kan senang tu..


7) BLOG

Rata-rata readers blog aku ni blogger kan? ha.. apa lagi, hebahkan mengenai Earth Hour ini di blog anda. Seperti yang aku buat ini.. haha.. untuk kepentingan dunia kita juga..


8) TWITTER

Cara yang paling mudah! Tweet kan saja mengenai Earth Hour ni di Tweeter.. Untuk kesan yang lebih menjadi, gunakan #Earthhour dalam Tweet anda.. secara tak langsung, mungkin ramai yang akan turut serta dalam Earth Hour ini ;)


Jadi, jangan lah nak hebahkan saja kalau kita pun tak buat,
mari kita sama-sama bersatu dalam menyelamatkan bumi dengan menyertai Earth Hour di Malaysia pada 27 Mac 2010, jam 8.30-9.30 malam..



ps: sikit-sikit lama-lama jadi bukit~

Sunday, March 29, 2009

Gedebuk~

Semalam aku & household menyahut la seruan WWF untuk join Earth hour.. Kul 8.30 tepat, kitorang 1 family pon dah tutup lampu dah.. TV tetap on la, kan dia suh tutup lmpu je..kitorang pon pasang la lampu portable je..
dah tu dalam kul 8.45 cam tu angah sampai.. angah nak antar nenek gi umah aku sebab pagi ni nenek nak ikut family aku gi melawat pakcik Jais yang eksiden dan patah tulang rusuk.. eh korang tak kenal pakcik jais kan, lupe lak..
em berbalik pade crite.. pas angah dah sampai tu, kan gelap.. angah din, mak, aul, nenek , abah ngan aku duduk la berlonggok2 depan akuarium kat luar rumah.. lampu akuarium je yg kitorg x swicth off..jadi nmpak la ikan2 emas yg banyak sedang berenang2..
borak punye borak..tetibe mak perasan yang ikan mas yang paling besar, yang aku gi beli jauh di pudu.. dengan bawak ikan tu naik train pe sume..macam dah nak kiok je.. mak dah risau2 dah..ye la..takut mati lak kang ikan tu.. asalnye ikan tu aku beli sepasang.. sekor dah mati hari kedua pas aku beli.. mak riso la yg tinggal ni plak mati.. rm5 tu sekor! jauh ke pudu lak tu beli..huhu..
pastu duk usik2 ikan tu tetap cam pasif je.. jadi aku pon mengikut la cadangan encik zaimi melalui sms untuk menukarkan air akuarium tu separuh.. asal nye nak tukar kul 9.30.. tp mak dah riso sgt2.. tak sampai ati lak aku.. aku pon tukar la air ikan tu..
dah tukar air ikan besela..pastu air mesti berlanyar-lanyar.. jenuh la aku remind mak supaya ati2.. kang jatuh kang susah.. pastu aku riso la ade org lain pon bleh jatuh tpijak air tu.. aku pun gi la amek mop kat dapur nak mop kan.. kan ke murni niat aku tu? aku wat keje tnpe rungutan tau.. mulia ke tak hati aku mase tu?
pastu, mase aku ngah bawah sebatang mop tu ke depan akuarium, aku terpijak 1 lopak air.. dan...
GEDEBUK!
aku tergolek..sakit sungguh tapak tangan belah kiri aku.. sebab menahan badan..
mak dah jerit dah terkejut.. mau nye tak, aku remind dia kemain..last2 aku yang jatuh..
adoyai..
nasib tak tersembam muka..huhuu.. kalu tak mampos rongak aku.. tak nak!
em..last sekali bila dah bukak lampu, aku suruh nenek urutkan tapak tangan aku..reda sikit sakit dia skg..
sian aku..niat aku sgtla baik.. tutup lampu, tolong mak.. last2?
hmm....entahla.. nak dapat extra pahala kot..haha~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.