Kan SR dah mula masuk kerja semula baru-baru ni. Tengah sibuk nak sesuaikan diri dengan rutin bekerja, ulang-alik ke kampus, urusan rumah dan macam-macam lagi. Dalam keadaan duit pun tengah sesak sebab banyak keluar belanja untuk baiki rumah, duit minyak ulang-alik dan sebagainya, boleh pula kepala ting tong SR ni pergi beli sesuatu untuk diri sendiri! Hahahaha.
Kononnya nak bagi self reward sebab dah kembali bekerja selepas tamat cuti belajar. Padahal kalau ikutkan keadaan kewangan sekarang, memang patut duduk diam-diam dulu. Tapi biasalah, perempuan dengan beg tangan memang susah nak dipisahkan. Ehehehe.
Terbeli Beg Christy Ng Sebab Harga RM99!
Ceritanya, SR ternampak beg tangan Christy Ng, model Tokyo Mini Print Tote Bag Crossbody yang dijual pada harga RM99 sahaja ketika itu. RM99 tau! Terus rasa macam rugi pula kalau tak beli. Hahaha. Entah macam mana logik SR berfungsi masa tu, daripada nak berjimat terus bertukar kepada alasan, "Alah, sekali-sekala belanja diri sendiri apa salahnya?" Maka, dengan penuh keyakinan, SR pun buat pesanan. SR pilih warna hitam sebab nampak cantik dan senang nak dipadankan dengan pelbagai pakaian. Selesai! Satu lagi beg tangan masuk dalam koleksi. Hahaha.
Beg Christy Ng Sampai, Terus Koyak Plastik!
Bila bungkusan sampai, memang tak tunggu lama. Dengan rakusnya SR terus koyakkan plastik pembungkusan sebab tak sabar nak tengok beg baharu. Nak buat video unboxing? Memang tak sempatlah jawabnya! Hahaha.
Lagipun, ini bukan kali pertama SR membeli beg daripada Christy Ng. Dah beberapa kali juga SR beli sebelum ni dan setakat pengalaman SR, semuanya sampai dalam keadaan elok. Pembungkusan pun kemas dan SR tak pernah lagi terima beg yang ada kecacatan. Jadi, tahap kepercayaan SR terhadap jenama ni memang tinggi. Kiranya dah trust habislah!
Hadiah Kecil Untuk Diri Sendiri
Jadi, inilah dia beg self reward SR sempena kembali bekerja semula! Yang kelakarnya, lepas dah beli dan beg pun selamat sampai, barulah terfikir satu perkara.
"Eh, bukan ke SR dah ada banyak beg tangan?" Haaa, masa nak beli tak pula teringat semua tu. Bila dah sampai baru nak fikir. Hahahaha.
Tapi tak apalah. Bukan selalu pun SR nak raikan diri sendiri sempena kembali kepada rutin bekerja. Anggaplah beg Christy Ng Tokyo Mini ni sebagai penyuntik semangat kecil untuk SR kembali ke kampus dengan hati yang gembira. Walaupun hakikatnya duit tengah banyak nak digunakan untuk urusan rumah dan perjalanan ulang-alik, sekali-sekala nak buat diri sendiri happy juga kan?
Aahh, lantaklah! Dah beli pun. Okeylah, itu sahaja cerita beg baharu SR kali ni. Nak sambung kerja pula. Semoga beg baharu ni rajinlah menemankan tuannya pergi bekerja. Ehehehe. Bye!
Penafian: Artikel ini berdasarkan pengalaman pembelian peribadi penulis. Harga, promosi dan ketersediaan produk mungkin berubah mengikut masa serta tertakluk pada ketetapan pihak penjual.









Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.