Pages

Search This Blog

Showing posts with label Gong Badak. Show all posts
Showing posts with label Gong Badak. Show all posts

Thursday, July 30, 2020

Mama Chop Papa Grill Gong Badak | Throwback Thursday | 17 Januari 2008

Belek-belek album lama dalam hard disk, terjumpa gambar-gambar masa makan malam dengan kawan-kawan serumah dan beberapa yang lain.
Lama dah gambar ni, 2008 punya cerita.

Masa ni masih lagi bergelar pelajar di Universiti Malaysia Terengganu, tahun akhir masa ni.
Masa ni zaman bergewe dengan zaimi hahah..
Jadi memang rare sangat dapat makan sama-sama dengan kawan-kawan lain macam ni.
Mungkin sebab tu bergambar sakan.


Wednesday, October 30, 2013

Budak Umur 6 Bulan Mandi Laut!

Hahaa.. ini antara cerita gembira masa aku balik Kota Bharu seminggu last week..
Selain cerita ngeri tu kan, ini the bright side lah..haha

Lepas demam Adam dah kebah, mak mertua (mil) aku pun bagi cadangan kat zaimi, nak bawak adam jalan-jalan ke Terengganu sebenarnya..

Ala tak masuk pekan KT pun, sampai Gong Badak je pun.. sebab tujuan asal setakat nak pergi beli keropok lekor Sukaramai tu je..

Jadi masa on the way tu, singgahlah dekat Pantai Rhu Sepuluh..

Subhanallah.. memang cantik sangat pantai dia.. tapi tak ada sapa pun berani mandi berenang bagai..
Ombak sangat kuat, pantai pulak curam..

So, alang-alang dah sampai.. terimbaulah kenangan silam..kah kah kah

Ye lah, aku dengan Zaimi kan first time jumpa dekat terengganu, masa belajar dekat UMT dulu.. dek perkenalan kami tu *padahal memang 1 kelas*, maka bertemulah jodoh dan dikurniakan Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi ni.. :)

Jadi, disebabkan itu, Adam perlu ada kenangan dengan Terengganu! haha! Kami pun decide nak celup adam dalam laut tu.. kikiki.. bukan mandikan.. gila nak mandikan kat laut macam tu.. tajuk tu propa je tu..hee..

So, cabut stokin adam, dan celup!

Adam sangat teruja sebab first time jumpa laut

tak takut langsung budak adam ni..

masa ni stokin tak cabut lagi

dah cabut stokin.. first time adam pijak pasir!

bersedia dilanggar ombak!

yea! ombak pertama Adam! habis basah seluar..hehe

muka happy lepas kena ombak!





Jangan kata adam, mak ayah adam pun  hepi!! haha..

I love Terengganu~

Adam, Ayah dan Tokma (my mil)

Love you Zaimi.. :)

Makanya.. dah tergedik pulak nak singgah UMT jumpa lecturer2 lama.. kikiki..
So teruskan perjalanan ke Gong Badak..

Terkujat!
Gong Badak dah ada McDonalds!
Dulu zaman aku ada kedai McFly je..haha

Love you Dr Jamilah!

Adam cucu bioD katanya!


my heroes!

Oklah.. tata!

p/s: Banyak pulak gambar entry ni..hehe

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.