Showing posts with label Kodai Makan Ain. Show all posts
Showing posts with label Kodai Makan Ain. Show all posts

Thursday, 24 November 2022

Melawat Istana Seri Menanti Kuala Pilah

#throwback

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya penantian kita semua selama behari-hari berteka-teki tentang siapakah gerangan Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh telah terjawab. Sekalung tahniah saya ucapkan buat DS Anwar Ibrahim atas lantikan. Sesungguhnya amanah dan tanggungjawab di bahu Dato Seri amatlah besar sekarang. 

Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya Dato Seri!

Berbalik pada tajuk SR, entry throwback pada hari ini, SR nak kongsikan kisah kami sekeluarga melawat Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah pada hujung Oktober 2022 yang lepas.

Asalnya memang tidak merancang pun mahu ke Istana Seri Menanti. Tujuan asalnya pada pagi hari kejadian, SR dan zaimi nak bawa emak dan abah SR bersarapan di Kodai Makan Ain, Seri Menanti Kuala Pilah memandangkan mereka ada di rumah waktu tu. Kebetulan pula, mereka tak pernah lagi ke Kodai Makan Ain. 

Jadi, why not kan?

Gerak anak pagi-pagi Sabtu tu, dah bersiap semua, terus sahaja kami bertolak ke Kodai Ain tu. 

Sunday, 9 October 2022

Pertama Kali Sarapan di Kodai Makan Ain, Seri Menanti, Kuala Pilah

#throwback

Assalamualaikum...

Best kan, ada long weekend kali ni, sempena Maulidur Rasul. Dapatlah berhujung minggu tiga hari. Syukur sangat. Dapat rileks lebih sikit. Tambahan pula, minggu depan, akan bermula semester baru untuk UiTM. Kebanyakan kelas SR adalah secara online. Tapi untuk beberapa subjek, ada makmal dan kelas yang face to face juga. Moga terus semangat menghadapi semester baru ini!

Entri kali ni, SR terjumpa gambar-gambar SR dan famili bersarapan di sebuah kedai makan yang agak popular di Negeri Sembilan, di Kuala Pilah khususnya, iaitu Kodai Makan Ain.

Kedai ni terletak betul-betul berhadapan dengan gerbang jalan ke Seri Menanti. Kalau dari Seremban arah ke Kuala Pilah, gerbang yang pertama (sebab ada dua jalan masuk ke sana).

Jika ikut waze, boleh juga taip Perkampungan Budaya Terachi.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE