Search This Blog

Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Wednesday, August 26, 2020

Suami Diseret Isteri

 Diseret ke diheret eh yang lebih sesuai?

Mungkin diheret kot? Ke seret?

Takpelah mana-mana pun, yang penting suami aku dah aku heret 

Tuesday, November 2, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak The Series

Anda ada Astro?
Lebih tepat lagi, anda ada langgan pakej Mustika tak?

Kalau ada, pastinya anda boleh menonton siri baru di Astro Warna nanti,
iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak The Series..weehuu!


Mengikut iklan yang ditayangkan,
drama bersiri ni akan mula bersiaran pada 26 November dan waktu tayangan nya adalah pada pukul 11 malam.. Dalam iklan tu pun tunjuk lah sedutan-sedutan dari filem Jangan Pandang Belakang Congkak tu, ada Shaheizy Sam Samad, Mazlan Pet Pet dan Cat Farish.. Aku harap pelakon-pelakon utama dikekalkan.. Takmo jadi macam Lagenda Budak Setan ngan Halimah Jongang.. Habis tukar2 pelakon..hihi

Kiranya mulai  26 November nanti, Jangan Pandang Belakang Congkak the Series ni akan bersiaran setiap Jumaat lah..

Ha, sesiapa yang belum langgan pakej Mustika langganlah segera ye! Banyak lagi cerita best2..hehe.. Hai Astro memang kena bagi aku duit la sebab aku selalu promote drama Astro dalam blog..huhu :P

ps: selagi belum bekerjaya, tengok TV je lah keje aku..hmm

Monday, June 14, 2010

Novel Lagenda Budak Setan Ahadiat Akashah

Hello Readers! =)

Hari ni 14 June 2010, beerti, dah 11 hari filem Lagenda Budak Setan ditayangkan di pawagam..
Tapi, aku masih belum berkesempatan menonton *nanges*..


Macam-macam respon aku dah dengar mengenai filem ni, ada yang puji, ada yang dah pergi tonton 2-3 kali, ada yang kata bosan, ada yang siap kutuk-kutuk lagi.. Hmm.. semua tu menambahkan lagi perasaan meluap-luap aku nak pergi menonton filem ni, cuma masa je yang tak mengizinkan lagi..hehe..

Disebabkan filem Lagenda Budak Setan ini jugaklah, begitu ramai orang yang bertanyakan 1 soalan ni pada aku memandangkan aku ada menjual novel-novel terpakai..

"Novel Lagenda Budak Setan ada tak?"

Hehehe..serius, ramai yang nak beli Novel itu sekarang ni, malangnya, tak ada sesiapa pun yang nak tolak buku tu kat aku sekarang. Wah gitu, kalau jual harga tinggi pun, aku rasa mesti ada yang sanggup beli~!

Aku pernah baca novel tu masa sekolah-sekolah dulu, tapi dah lama sangat masa berlalu, aku dah lupa jalan ceritanya. Mungkin orang lain pun sama, jadi kalau boleh nak baca dulu novelnya, sebelum pergi menonton di pawagam. Jadi, takdelah rasa tercangak-cangak masa menonton..huhu..


Jadi kesimpulannya, aku rasa Novel Lagenda Budak Setan ni bolehlah dicetak semula oleh publisher nya.. Sebab, mesti ramai yang akan beli..kan? Lepas tu kat cover Novel yang cetakan terkini tu, bolehlah letak gambar Lisa Surihani..wewit!

ps: bilalah nak pergi tengok wayang ni...

updated: sudah ada inisiatif mencetak novel ni rupenya, aku baru tau. weee! suke! akan kumpul duit untuk membelinye! ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me