Diseret ke diheret eh yang lebih sesuai?
Mungkin diheret kot? Ke seret?
Takpelah mana-mana pun, yang penting suami aku dah aku heret
sama. Ha heret lebih sesuai.
Heret ke mana?
Heret tengok drama Pelindung Seorang Puteri kat astro.
Ahahahah
Lambat start tengok, jadi bila dah mula follow siri tu, episode dia dah banyak kat on demand.
Apa lagi, maratonlah!
Dapat 4 episode 1 hari pun dah kira banyak, sebab 1 episode dia dalam 40minit++
Tengok cerita ni, watak Mak Dak Liza tu lagi dasyat dari mak Leha 7 Hari Mencintaiku 2 tu weh..
Kesian dekat watak Ros. Apa ke nasiblah kan dapat laki macam tu, mertua macam tu..
Haih..drama gila la drama ni ahaha
Lakonan semua watak memang mantap, pandai berlakon, tak nampak macam berlakon. Termasuklah Noreen tu tau, I like!
Paling teruk lakonan, si Bainun tu.
Amenda la..sedikit keras lakonan dia..boleh perbaiki lagi.
Lagi best tu sebab zaimi join tengok sekali, bukan senang dia nak join aku tengok cerita genre aku tau eheh..
Itu je lah nak update malam ni, sambil-sambil ambik mood nak gosok baju sekolah anak.
Weekend lepas tak sempat nak gosok untuk 1 minggu terus. Silap betul tak gigihkan diri masa tu.
Dah sendiri lah kena hadap nak kena gosok setiap malam..zzz
Dah gosok baju?
22 Comments
ooo..heret tengok drama..ingatkan heret gi shopping..hehe..
ReplyDeleteada tengok sekali, nmpk Farid Kamil berlakon...ckp dlm hati, ni citer lama ke?..drama baru rupanya..
hihi..aah baru, drama tahun ni, syok tengok sebab hero lama semua, berlakon memang dah power
DeleteBest ek cerita ni.. belum sempat nak tengok lagi
ReplyDeleteBest lah jugak hihi
Deletedrama tv ni kalau dh mula tonton ralit je tiasa nanti sambungannya
ReplyDeletebetul kak PI, tu la yang malas nak mula follow tu, bila follow jadi macam ni la huhu
Deleteseret tu mcm menarik sesuatu atau benda yang bergeser dengan tanah.
ReplyDeleteheret ni mcm menarik benda.. ehhh ye ke. jom gi check kat kamus dewan bahasa jap jom
nanti lepas ammi cek, ammi share tau hahaha
DeleteBawa suami terjebak sekali menonton ya..hehehehe.
ReplyDeletetu lah, dengan dia sekali join emo ahahaha
Deleteamboi kontroversi betul tajuk kak syaz, ingatkan siapalah yg kena heret tu. rupanya pasal drama ka..hahaha
ReplyDeletejemput singgah https://www.tiarasaphire.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html
ahaha sekali sekal buat tajuk klik bait :P
Deletemcm mana nk tgk rumah shida xde astro ^_^
ReplyDeleteciter best2 selalu keluar kat astro je
akhirnya habis kitorang maraton semalam, memang best cerita ni, lain dari yang lain, suka!
Deleteatie tak tgk lagi eps 16! cita ni mmg best
ReplyDeletesila tengok, memang sangat kemuncak!
Deletehahahaha tajuk tak boleh blah ea. Nanti nak tengok jugak lah. Nampak macam syok
ReplyDeleteMemang syok, lain dari yang lain, dan ending dia, heroin tak bodoh macam Andai Itu Takdirnya hehe
DeleteCerita ni tak tengok lagi. samalah! Heret suami tengok drama melayu mana yang best walaupun dia xsuka drama melayu pun. Haha
ReplyDeletebila dia sama naik semangat masa tengok tu, rasa best gila kan hahaha
DeleteKumpul episod tengok sekali memang senang terus tidak tunggu-tungu esok, lusa, tulat.
ReplyDeleteAduh memang selalu terfikir tidak sanggup hadapi masalah macam drama. Boleh jadi gila berdepan keadaan tidak terjangkau fikiran.
kan NA, kalau tertunggu2 next episode seksa jugak hehehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)