Suami Diseret Isteri

 Diseret ke diheret eh yang lebih sesuai?

Mungkin diheret kot? Ke seret?

Takpelah mana-mana pun, yang penting suami aku dah aku heret 

sama. Ha heret lebih sesuai.


Heret ke mana?

Heret tengok drama Pelindung Seorang Puteri kat astro.

Ahahahah


Lambat start tengok, jadi bila dah mula follow siri tu, episode dia dah banyak kat on demand.

Apa lagi, maratonlah!

Dapat 4 episode 1 hari pun dah kira banyak, sebab 1 episode dia dalam 40minit++



Tengok cerita ni, watak Mak Dak Liza tu lagi dasyat dari mak Leha 7 Hari Mencintaiku 2 tu weh..

Kesian dekat watak Ros. Apa ke nasiblah kan dapat laki macam tu, mertua macam tu..

Haih..drama gila la drama ni ahaha


Lakonan semua watak memang mantap, pandai berlakon, tak nampak macam berlakon. Termasuklah Noreen tu tau, I like!

Paling teruk lakonan, si Bainun tu.

Amenda la..sedikit keras lakonan dia..boleh perbaiki lagi.


Lagi best tu sebab zaimi join tengok sekali, bukan senang dia nak join aku tengok cerita genre aku tau eheh..


Itu je lah nak update malam ni, sambil-sambil ambik mood nak gosok baju sekolah anak.

Weekend lepas tak sempat nak gosok untuk 1 minggu terus. Silap betul tak gigihkan diri masa tu.

Dah sendiri lah kena hadap nak kena gosok setiap malam..zzz


Dah gosok baju?


Post a Comment

22 Comments

  1. ooo..heret tengok drama..ingatkan heret gi shopping..hehe..

    ada tengok sekali, nmpk Farid Kamil berlakon...ckp dlm hati, ni citer lama ke?..drama baru rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..aah baru, drama tahun ni, syok tengok sebab hero lama semua, berlakon memang dah power

      Delete
  2. Best ek cerita ni.. belum sempat nak tengok lagi

    ReplyDelete
  3. drama tv ni kalau dh mula tonton ralit je tiasa nanti sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak PI, tu la yang malas nak mula follow tu, bila follow jadi macam ni la huhu

      Delete
  4. seret tu mcm menarik sesuatu atau benda yang bergeser dengan tanah.

    heret ni mcm menarik benda.. ehhh ye ke. jom gi check kat kamus dewan bahasa jap jom

    ReplyDelete
  5. Bawa suami terjebak sekali menonton ya..hehehehe.

    ReplyDelete
  6. amboi kontroversi betul tajuk kak syaz, ingatkan siapalah yg kena heret tu. rupanya pasal drama ka..hahaha

    jemput singgah https://www.tiarasaphire.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html

    ReplyDelete
  7. mcm mana nk tgk rumah shida xde astro ^_^
    citer best2 selalu keluar kat astro je

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya habis kitorang maraton semalam, memang best cerita ni, lain dari yang lain, suka!

      Delete
  8. atie tak tgk lagi eps 16! cita ni mmg best

    ReplyDelete
  9. hahahaha tajuk tak boleh blah ea. Nanti nak tengok jugak lah. Nampak macam syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok, lain dari yang lain, dan ending dia, heroin tak bodoh macam Andai Itu Takdirnya hehe

      Delete
  10. Cerita ni tak tengok lagi. samalah! Heret suami tengok drama melayu mana yang best walaupun dia xsuka drama melayu pun. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia sama naik semangat masa tengok tu, rasa best gila kan hahaha

      Delete
  11. Kumpul episod tengok sekali memang senang terus tidak tunggu-tungu esok, lusa, tulat.
    Aduh memang selalu terfikir tidak sanggup hadapi masalah macam drama. Boleh jadi gila berdepan keadaan tidak terjangkau fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan NA, kalau tertunggu2 next episode seksa jugak hehehe

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.