Showing posts with label Metra Square. Show all posts
Showing posts with label Metra Square. Show all posts

Thursday, March 10, 2022

Pengalaman Menaiki Melaka River Cruise 2022 | Throwback Thursday

Kisah ini adalah rentetan dari post SR yang bertajuk Melaka River Cruise Jeti Taman Rempah yang pernah SR muatnaik pada 23 Januari 2022 hari tu. Punyalah lama bertangguh nak up cerita ni. Mood takda mari punya pasal. Kih kih..

Okey let's check it out!

Seperti yang pernah SR bagitahu, trip kami ke Melaka Januari 2022 yang lalu memang sangat spontan. Bangun pagi lepak-lepak anak-beranak macam biasa. Tengahari tiba-tiba rasa nak pergi somewhere untuk sambutan anniversary. Pukul 5 lebih tiba-tiba dah check in di Hotel Metra Square yang jarak sangat dekat dengan Zoo Melaka. Malam tiba-tiba naik bot!

Saturday, February 5, 2022

Pengalaman Menginap di Metra Square Ayer Keroh Melaka

Dua minggu lepas, kami sekeluarga pergi ke Ayer Keroh, Melaka. Tak rancang pun nak pergi sebab rancangan asal nak bercuti ala-ala hype sikit sempena anniversary ke 10 tak dapat kami lunaskan walaupun dah lama pasang angan-angan. Mungkin tak ada rezeki kan. Jadi, memang tak booked apa-apa hotel pun dari awal. Sampailah pagi Sabtu tu. Kami fikir, pergi ajelah mana-mana kan. Search aje Agoda, tengoklah mana-mana yang masih available dan boleh dicekau oleh budget yang bersisa.

Long story (of searching the hotel!) short, kami pun booked One Room Apartment di Metra Square Hotel. Dengan pantas kemas beg, call hotel kata kami akan tiba lewat dalam 5pm gitu, terus ke sana. Vrooom!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot