Pages

Search This Blog

Showing posts with label Rabu Resepi. Show all posts
Showing posts with label Rabu Resepi. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Rabu Resepi | Masak Lemak Ikan Masin Nenas

Harini nak share resepi lauk pulak..
Bukan apa, sehari dua ni asyik teringat kat lauk ni aje..
Heheh..



Bahan-bahannya:

1 biji nenas dipotong kecil
150g ikan masin talang (dipotong kecil)
15 tangkai cili padi (dikisar halus)
6 ulas bawang merah (dikisar halus)
1 inci kunyit hidup (dikisar halus)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
2 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
2 keping asam gelugur
Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Selalu kacau santau agar tidak berketul.
Selepas nenas empuk, masukkan garam gula secukup rasa.


Father in Law aku suka ni..
Nyums..

:)


Wednesday, August 6, 2014

Rabu Resepi | Pau

Assalamualaikum semua, mood raya lagi kah?
Hehe..

Emm korang semua suka makan pau tak?
Aku suka.. tapi selalu aku beli yang cap Tesco tu aje, kukus sendiri..
Maklumlah tak berapa rajin..hahah



Tapi, aku belek-belek buku resepi emak aku tu, ada pulak resepi pau rupanya.
Nampak macam simple je.
Nanti aku pun nak trylah.

Bahan-bahannya:

500g tepung gandum
Sedikit yeast
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit butter
Cara-caranya:

Cairkan yeast, dan campurkan dengan tepung gandum.
Ulikan dengan air sehingga lembut.
Masukkan telur.
Bulat-bulatkan.
Isi inti yang anda mahu (optional)
Biarkan sekejap, kemudian kukus.

Aku suka pau kastard..
Sedapnya..nyum nyum..



Wednesday, July 30, 2014

Rabu Resepi | Sotong Goreng Berempah

Selamat Hari Raya semua..
Macam mana makanan raya?
Sedap?

Ke dah muak dah makan ketupat rendang 2 hari ni?

Kalau dah boring dengan makanan raya semua tu, rasa nak ubah selera,
bolehlah masak sotong pulak kan untuk seisi keluarga?

Bolehlah try resepi emak aku ni, Sotong Goreng Berempah.
Kalau jadi, insyaallah sedap!

Gambar pinjam


Bahan-bahannya:

500g sotong putih
250g rempah kari
50g daun kari
50g cili boh
50g bawang besar (agak2)
20g bawang putih (agak2)
2 batang serai
1 inci halia
150g kacang peas
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit cili merah, cili hijau dan tomato untuk hiasan (optional)
Cara-caranya:

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai. (Bahan tumis)
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis, dan gorangkan sehingga wangi.
Bila minyak sudah naik, masukkan sotong dan biarkan lebih kurang 10 minit.
Sesudah itu, masukkan bahan hiasan tadi.
Letak sedikit garam dan serbuk perasa, dan dikacau rata.


Ummpphhh!!
Sambil taip ni pun dah terbayang-bayang..

:)



Wednesday, July 23, 2014

Rabu Resepi | Puding Gula Hangus

Helo puan puan *dagu macam chef wan*

Minggu lepas aku skip segment ni, saja je..
hee..

Minggu ni nak kongsi resepi Puding Gula Hangus pulak..
Seperti biasa, gambar pinjam dari blog orang..




Bahan-bahannya:

2 cawan gula pasir,  1 cawan dihanguskan dan dicampur dengan 1 cawan air
1 tin susu cair
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit marjerin

Cara-caranya:

Pukul gula yang tidak dihanguskan bersama telur sehingga kembang.
Kemudian, masukkan susu dan tepung kastard, kacau hingga sebati.
Sapu acuan dengan sedikit marjerin, dan masukkan gula hangus tadi.
Masukkan pula adunan sebati tadi, dan kukus sehingga masak.
Sesudah masak, sejukkan.


Senang bukan?
Bolehlah nak buat sendiri bulan-bulan puasa ni, kalau nak beli kat Bazaar satu slice tu RM2 gak kan..

:)



Wednesday, June 4, 2014

Rabu Resepi | Rendang Udang

Korang suka makan seafood tak?
Me luv it much much!!

Entahlah, aku memang suka especially udang dengan sotong, sedap!

So, harini, aku nak share 1 lagi resepi dalam buku resepi emak aku tu, iaitu rendang udang!
Dan seperti biasa, gambar ambil dari blog orang.. kikik


Bahan-bahannya:

300g udang bersaiz sedang
3 sudu makan cili giling / boh
Sedikit asam jawa
2 ulas bawang putih (dititik)
2 biji bawang besar (dimayang)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Sedikit kicap
1/2 cawan air kosong

Cara-caranya:

Siang udang, bersihkan dan tos.
Gaulkan udang yang bersih bersama sebuk kunyit, garam dan gula, dan perap selama 15 minit.
Panaskan minyak, dan tumis bawang putih, dan masukkan udang.
Kacau sehingga udang kelihatan masak, dan angkat udang keluar dari kuali dahulu.
Dalam kuali yang sama, tumiskan pula bawang besar.
Masukkan cili giling / boh, dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa ikut rasa.
Biar mendidih sehingga naik bau, masukkan sedikit kicap dan air kosong.
Gaul semua bersama udang, dan angkat.



Sementara taip ni pun perut dah bunyi kriuk kriuk..
Arghhh..

mak.. nak makan.....

Wednesday, May 28, 2014

Rabu Resepi | Kek Santan

Hai uolls, hari ni aku nak kongsi resepi kek pulak yang ada dalam buku resepi emak aku ni kan,
iaitu resepi kek santan.

Pernah dengar nama kek santan?
Ala yang hijau hijau yang lembut lembut tu.. kikiki..

Ha macam ni rupa dia.


Tapi ini bukan hasil tangan aku ye, ni aku ambil gambar dari blog orang lain, untuk bagi gambaran idea kat korang apa itu kek santan  ;)

Ok, resepinya:

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
2 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
Sedikit daun pandan
4 biji telur
2 cawan gula halus
Cara-caranya:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan sebati.
Ayakkan tepung gandum bersama baking powder.
Sesudah gula dan telur tadi sudah sebati, masukkan santan, kemudian kacaukan adunan.
Masukkan pula tepung dan baking powder yang sudah diayak tadi.
Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan, dan bakar pada suhu biasa membakar kek.

Selamat mencuba!

Wednesday, May 21, 2014

Rabu Resepi | Puding Roti

Hello uolls..

Harini nak share resepi puding roti pulak.
Puding roti ni sedap juga kalau makan petang-petang, tak pun buat untuk jamu tetamu datang kan?
Cara buat pun tak lah sesusah mana, dan boleh siap sekejap je.


Bahan-bahannya:

1 buku roti
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan marjerin
2 cawan air + susu pekat (agak-agak manis)
Sedikit esen vanilla
Cara-caranya:

Potong roti kecil-kecil dan rendam dalam air yang telah dicampur dengan susu pekat tadi.
Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil memukul adunan.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan roti, dan gaul sehingga rata kesemua bahan tadi.
Pindahkan ke dalam loyang, dan bakar dalam oven seketika dengan suhu biasa membakar kek.


 jom buat!

Aku pun dah lama tak makan puding roti ni..
nyum nyum..


Wednesday, May 14, 2014

Rabu Resepi | Tepung Talam

Ya ampun, boleh konon-konon nak buat segmen baru, lepas 2 post, terus sepi?
Kah kah..

Sibuk lah kat office.. kenalah anak tirikan blog :(

Ok lah, hari ini, aku nak share sesuatu dari buku resepi emak aku tu, hari ni, kuih ye..
Iaitu kuih tepung talam.
Tau tak tepung talam tu macam mana?
Jangan confuse dengan kaswi tau, tepung talam tu rupa dia macam gambar bawah ni.




Ada cam itu kuih?
Kalau reti buat sendiri baguslah, sebab nak beli pun azab dah zaman sekarang ni, sepotong kecil pun mau 50 sen dah..

T_T


Siapa yang suka makan, atau laki dan anak-anak suka makan, boleh try buat sendiri.
Meh!

Bahan-bahannya:

(Bahagian Atas)
1/2 biji kepala (diambil santannya)
1 cawan tepung beras

(Bahagian Bawah)
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk air kosong
1 keping gula melaka
Sedikit kapur sirih

Cara-caranya:

Masak air kosong dengan gula melaka hingga mendidih.
Kemudian, campurkan dengan tepung beras dan kapur sireh sambil menggaul sebati sehingga rata.
Sesudah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga setengah masak.
Di bekas lain, campurkan 1 cawan santan dengan 1 cawan tepung beras dan sedikit garam, dan gaul sehingga sebati.
Kemudian, tuangkan semuanya ke atas adunan yang telah dikukus setengah masak tadi.
Masukkan semula ke dalam pengukus, dan kukus sehingga naik rupanya.


Selamat mencuba uolls!

Wednesday, September 11, 2013

Rabu Resepi | Murtabak Maggie





Hi korang!

Ini actually bukan resepi dari emak aku, tapi resepi yang adik aku Nana dapat masa dia tolong kelab usahawan uitm negeri sembilan berniaga benda ni.

Benda apa? Murtabak megi lah!

Senang sangat kot buatnya.

Bahan-bahan:

Mee segera (ikut berapa banyak nak buat)
Telur (1 biji untuk 1 paket)
Daging cincang
Bawang (Ricih)


Cara-cara membuat:

Mula2 rebus dulu mee segera tu tanpa letak perencah dia.
Agak2 dah kembang, tos kan.



Gaul mee yang dah tos tu dengan perencah mee segera tu, bawang dan telur serta daging cincang tu.

Panaskan minyak, cedok mee yang dah gaul tadi agak2 ikut saiz nak besar mana, goreng macam telur dadar.




Siap!

Nak sedap, makan dengan mayonis dan sos cili.

Cer try buat. Nak lagi sedap, guna Mee Sedap @ Cintan.

Sah sah Ramadhan next year korang plak boleh berniaga kat Bazaar Ramadhan.

:D

Wednesday, August 28, 2013

Rabu Resepi | Resepi Sotong Sumbat

Rasanya macam nak buat segment "Rabu Resepi" lah kat blog ni..hahaha..
Alang-alang nak merajinkan diri memasak kan..

Boleh?

Hihihi..

Ok, ini pun aku ambil dari Buku Resepi emak aku je, kiranya, entry pertama untuk Rabu Resepi ni adalah resepi Sotong Sumbat! Yea!



Bahan-bahan:

1 kole beras pulut (ditanak)
12 ekor sotong segar
Santan @ Kelapa
1/2 inci halia
2 ulas bawang merah
1 sudu teh halba


Cara-cara memasaknya:

Isikan pulut yang telah ditanak ke dalam sotong yang telah dibersihkan, dan aturkan sotong-sotong itu ke dalam periuk dan nyalakan api perlahan.

Tuangkan santan cair sedikit, dan masukkan juga bawang merah dan halia yang telah dimayang. Masukkan juga halba.

Masak sehingga mendidih, dan selepas itu masukkan pula santan pekat dan garam secukup rasa.
Kacau supaya rata dan tunggulah sehingga masak.


Nanti kuah dia akan jadi warna pink gitu..
Selamat mencuba!!


Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.