Pages

Search This Blog

Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Pangsapuri Senget di Shah Alam




Agak seram jugaklah bila baca berita ni.
Gila kau, rumah kau beli beli mahal-mahal, tolak loan tiap-tiap bulan, tiba-tiba dan senget.

Elok je condong macam Menara Pisa Italy tu.

Ish seram.

Asalnya katanya, ada kerosakan struktur kat area parking, dan lama-lama makin condong, dan kerap bergegar bila ada kenderaan berat lalu.

Penduduk situ memang kesian la kan, diorang macam redha je. Kata macam menanti ajal.
Ish.
Mintak simpang.
Teringat pulak kes Highland Tower dulu, runtuh menyembah bumi bila hujan.

Pangsapuri kot. Dahlah ada banyak unit. Sah-sah ada banyak keluarga, banyak manusia.
Bukan manusia je lah, kalau orang tu ada bela kucing? Kesian kucing. *eh macam Zohra pulak*

Harapnya ada penyelesaian lah kat pangsapuri senget ni. Tak nak lah ada malapetaka.

Tak dapat imagine macam mana lah nak tidur kat situ tiap-tiap malam, tapi nak tak nak, itulah rumah.
Kena balik situ jugak. Semoga penduduk situ bertabah ye.

Sumber berita dari Harian Metro.


Wednesday, February 2, 2011

Pemandu Seorang Datuk Telah Menculik Diri Sendiri

Hahahaha!
Eh tergelak pulak, tapi seriuslah aku rasa berita ni lawak.

Kejadian berlaku di Shah Alam. Seorang pemandu peribadi seorang ahli perniagaan yang berpangkat Datuk telah merancang 'penculikan' dirinya sendiri, semuanya gara-gara beban hutang yang ditanggung. Kononnya, dia nak buat cerita yang dia ni telah diculik, dan telah membuat andaian bahawa Datuk itu confirm bersimpati dengan nasib dia, dan Datuk tu akan bayar wang tebusan RM250,000.

-gambar hiasan-


Pemandu tersebut menyuruh isteri dia membuat panggilan kepada Datuk itu untuk memberitahu bahawa suami dia telah diculik. 

Namun begitu, Datuk tu tak mudah nak dipermainkan.. Dia rasa curiga dengan panggilan tu, dan terus buat report polis. 

Adoilah.. ni mesti terpengaruh dengan filem-filem ni..haha~!
Sumber: HarianMetro

ps: tak pasal-pasal dah carik pasal..

Wednesday, April 14, 2010

Xian Leng Akuarium dan Aquatorium: Syurga Arowana Shah Alam

Salam semua =)

Berjumpa Zaimi setelah 3 bulan lebih tak jumpa, best gile! 
Dah berjumpa apa lagi, berdating la! hehe!



Sambil2 jenjalan di Shah Alam, kitorang pun singgah la dekat Xian Leng Akuarium..
Xian Leng ni macam  kedai2 akuarium yang jual ikan tu aje, tapi besar giler!
Dia jual macam jenis2 ikan, memang macam2 jenis ikan ada kat sini,
sampaikan ikan yang besar, kalau tak silap aku, Arapaima gigas yang sepanjang 6 kaki tu pun ada!

Dia ada jual ikan arowana, memang cantik2! Harga pun ada yang cecah puluh2 ribu!
Tapi dia jual arowana yang berlesen.. memang syurga arowana la kat Xian Leng ni..


Selain arowana banyak lagi ikan dia jual, ketam dengan lobster pon ada.. Kelengkapan akuarium, makanan ikan..ada belaka..

Disini juga ada Aquatorium.. Tempat display ikan2 dia, macam dekat zoo..
tapi percuma aje.. sape2 pun boleh masuk.. 
kat sini lagi la banyak gile ikan besar2.. arowana yang dia display pon besar2 dan macam2 breed..
dan memang sgt2 banyak arowana ada kat Xian Leng ni!







kesimpulannya, kepada siapa2 yang suka bela ikan, memang aku suggest gi la melawat tempat ni kepada yang belum pergi.. hehe.. kalau sekadar nak pergi jalan2 ke, dating2 ke, bolehlah nak habiskan masa dalam 30 minit kat Xian Leng ni..hehe.. 

ps: 'kau harus ada..wo o o o.. '

Sunday, November 8, 2009

Welcome to the world Nur!

ini sepupu baru aku!
menjenguk dunia pada 5hb Nov aritu..
tapi ada masalah sikit, arini baru kuar spital..
barulah kami [keluarga belah mak aku] dapat tgk dia..

dia anak adik bongsu mak aku, Ucu Mail..

isteri Ucu aku baru bagi name dia Nur..
yang belakang tak pikir lagi..hehe..


didukung mummy dia..
sebab silau sangat panas terik, berkerut muka dia..hehe

yang ni dengan mak aku, abah aku..kecil je dia..
hehe..yang nyelit tengah2 tu anak angah aku..

angah aku yang terselit pakai baju hijau kat belakang tu..

duk dalam pangkuan nenek..
on the way gi Shah Alam..umah mertua ucu aku..

so sweet :)

Atok pergi, Nur lahir..itulah life cycle..

=)


semoga membesar dgn sihat Nur!
nanti dia jadi dak langkawi la..

Ucu aku keje langkawi..
huhu..

oh lupe nak cakap, Nur ni ade abang sorg umo 3tahun..
tak datang spital sbb kecik lg..
duk shah alam..

cucu arwah Joned dah ade 6!
Family kami kecik je ;)

nape xde gambar aku pegang baby?
aku takut nak pegang, lembut sangat! heheh!



ps: umo 23 pon dpt sepupu lagi.. :P

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.