Pages

Search This Blog

Showing posts with label bulu. Show all posts
Showing posts with label bulu. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Najis Yang Comel

Dalam agama Islam, Anjing & Babi tergolong dalam golongan Najis Mughallazah.

Petik dari Wikipedia:


Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.


    Di sebelah rumah aku ni, ada student China duduk.. Ala yang keluar rumah pakai spender je tu.. ingat tak? Ha..diorang ada bela anjing.. Kitorang dengar dia panggil anjing dia dengan nama Misu. Aku tak pasti lah pulak apa ejaan yang betul untuk nama anjing tu, tapi memang dia sebut Misu, Misu je..

    Si Misu tu pulak, suka betul menjenguk rumah kitorang ni..haha






     Misu ni besar.. kalau dia menyalak memang sakit hati gaklah..bising gila.. Tapi bagus jugak, boleh tau kalau ada stranger masuk lorong rumah kitorang..

    Itulah dia, Najis yang Comel..
    Comel kan Misu?
    Hehehe..


Friday, November 26, 2010

Perut Anak Dara

Hai selamat pagi semua!

Dah gosok gigi?


Dah lama tak update blog aku nih rasanya..
Lama aku berteleku depan laptop ni..

Tunggu punya tunggu punya tunggu (macam dialog P Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok),
Idea tak timbul-timbul..

Lama sangat duduk rumah, sampai otak dah berkarat teruk ni..
Risau..

Perut anak dara?
Nak tengok?

EH bukan perut aku..jangan risau..
Perut orang lain..

.
.
.
.
.
.
.
.



Perut Elin lah..
Anak dara sekor ni memang suka tidur dengan aksi terkangkang koyak macam ni..haha..
Pantang nampak buku terbukak,  mesti nak buat lapik tidur dia..


ps: perut ELin ni memang sedap di buat bantal~

Friday, August 13, 2010

Aksi Betina Gedik Tangkap Lentok Sampai Terkangkang




Si betina gedik ni memang pantang nampak beg terbukak, mesti dia tangkap lentok dalam beg tu.. Lepas tu tidur sampai terkangkang..haha~! Paling buat dia tidur sampai tak nak bangun kalau kitorang bukak kan kipas.. Kadang-kadang dia berdengkur, percaya tak?

Percayalah..bahawa kucing gedik aku ni memang tidur berdengkur.. Tapi takdelah macam orang berdengkur bunyinya..bunyi dengkur dia halus je.. bila aku tengok dia tidur nyenyak sangat, aku pun rasa nak tidur..hehe..

ps: pagi yang sejuk..rasa mau tido..

Tuesday, March 30, 2010

Kucing Biri-Biri

Salam semua =)

Bila dengar perkataan kambing biri-biri, 
apa yang akan korang bayangkan?

Kalau aku, aku akan terbayangkan haiwan yang berbulu lebat,
bulu bergulung-gulung dan haiwan tu kelihatan montel je..

Tapi dekat rumah pulak ada kucing biri-biri..
Lebih kurang dengan makhluk yang aku bayangkan tadi,
cuma gantikan kambing dengan kucing~


Badan dia semakin menjadi-jadi sejak betukar makanan ni..
DIa dah muak dah dengan biskut Friskies, sekarang ni makan Fancy Feast lak,
yang perisa Salmon + Beef + Cheese..
Memang dia suka sangat la perisa baru ni..
Badan pun macam dipam-pam..
Bulu pun semakin lebat..
Elin semakin bobok dan bertukar menjadi biri-biri jadian.. hee..

ps: cinta tanpa pengorbanan ibarat sirap tanpa gula~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.