Showing posts with label harimau. Show all posts
Showing posts with label harimau. Show all posts

Thursday, June 16, 2022

Ke Zoo Melaka Bersama Keluarga | Throwback Thursday

Assalamualaikum...

Nak throwback apa ya hari ni? SR bawa kawan-kawan throwback masa SR pergi Zoo Melaka bulan Januari 2022 hari tu la, nak?

Kalau ada yang ingat entry SR pergi naik Melaka River Cruise dan Menginap di Metrasquare Ayer Keroh, Melaka, haa.. sebenarnya masa tu SR ada juga pergi ke Zoo Melaka sekali.

Saja bawa adam, amir dan ayu jalan-jalan tengok haiwan-haiwan kan. Sejak PKP, memang lama tak ke Zoo Melaka ni.

Macam biasalah, masuk aje pintu zoo, ada staf arahkan kami beratur untuk ambil gambar. Katanya untuk record. Haa tak apa... Sebab mood masih baik, marilah beratur.

Saturday, December 11, 2021

Kebaikan Vitamin C: Mengapa Anak Memerlukannya

SR memang bagi anak-anak SR makan vitamin C, sejak dari anak sulung dulu, sampailah si bongsu ayu. Pernah cuba macam-macam jenama untuk Vitamin C anak-anak ni, tapi yang anak-anak SR serasi dan suka dan tak membazirkan duit SR adalah jenama Champs. Memang itulah yang anak-anak SR akan makan. Sebab netuk dia jenis tablet kot. Pernah SR beli yang jenis gummy jelly tu, terkumbab-kumbab masing-masing..Allahu anakku! Over!

Tuesday, November 2, 2021

Tiger Balm Balsem Harimau

Lepas perjalanan balik dari rumah mertua di Kota Bharu ke rumah yang memakan masa 10 jam haritu, kepala aku ni masih lagi pening-pening sebenarnya. Macam mana tak pening, memang sepanjang 10 jam tu duduk je dalam kereta. Kalau dulu, boleh juga turun sekejap untuk luruskan pinggang dan makan-makan, hari tu memang tak berani sebab orang sangat ramai sepanjang jalan.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot