Tiger Balm Balsem Harimau

Lepas perjalanan balik dari rumah mertua di Kota Bharu ke rumah yang memakan masa 10 jam haritu, kepala aku ni masih lagi pening-pening sebenarnya. Macam mana tak pening, memang sepanjang 10 jam tu duduk je dalam kereta. Kalau dulu, boleh juga turun sekejap untuk luruskan pinggang dan makan-makan, hari tu memang tak berani sebab orang sangat ramai sepanjang jalan.

Kebetulan teringat aku ada beli tiger balm ni hari tu. Apa lagi, terus koyakkan sarung kertas dia. Rupanya memang comel je bekas tiger balm ni. 


Seingat aku, dulu tiger balm ni botol dia kaca, tutup yang jenis pusing. Tapi yang beli ni, bekas dia tin besi yang tutupnya jenis cabut je. 



Bai dia memang masih awesome la. Itu tak dapat disangkal. Memang kuat 'angin' dia, kalau sapu dekat dahi memang lega sangat. Sapu juga di perut, sebab memang perut sebu je lepas perjalanan hari tu.


Cute kan?
Ahaha!

Eh tak, aku tak jual, aku bukan agen tiger balm, bos tiger balm pun tak ada bayar aku apa-apa. Sekadar sharing yang balm ni memang membantu aku legakan sakit kepala. Oh harganya RM4 aku beli hari tu. Mahal ke murah? Bagi aku ok je harga dia. Kan?

Post a Comment

14 Comments

  1. suka jugak Tier Balm. Tapi rasanya dulu warnanya putih

    ReplyDelete
  2. Comel pula packaging baru ni. Boleh selit-selit dalam poket, dalam beg. Tiger Balm ni memang antara minyak angin legend yang best pakai :)

    ReplyDelete
  3. haah..betul-betul. dulu dalam botol. dalam tin macam kecik sikit eh balmnya? :)

    Memang best balm ni, berangin

    ReplyDelete
  4. alahai comel je tiger balm.. hehe
    baunya mmg kuat..
    sapu skit dh berangin.. tp best

    ReplyDelete
  5. Tiger Balm kena ada extra..bau yang sedap tu buat rasa fresh sanagt...and pans angin dia lama compare minyak cap kapak...

    ReplyDelete
  6. Saya kalau sapu ni kat dahi, langsung tak boleh buka mata, hihi

    ReplyDelete
  7. dah lama tak tengok yg kecik macam ni....

    ReplyDelete
  8. Comelnya..tak pernah try...pakai minyak cap kapak je selalunya..huhu

    ReplyDelete
  9. Murah dah tu. Asalkan berkesan.

    ReplyDelete
  10. tiger balm ni mmg lejen tapi mama tak penah beli lg

    ReplyDelete
  11. Comel rupa baru dia. Pada saya pun okay je harganya tu :)

    ReplyDelete
  12. Ingatkan apa..sapu luaran kulit..boleh hidu kan...

    ReplyDelete
  13. Lagend juga ni . Tiger balm pernah guna , bau memang sedap . Comel packaging dia

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.