Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation

Bukan pertama kali aku pakai foundation Maybelline Fit Me ni. Banyak kali juga dah beli dan pakai. Memang agak sesuai juga dengan kulit muka aku. Warna dia blend in dengan baik sekali, yang penting, bila pakai, dia tak cakey.

Foundation ni aku beli dengan harga murah sikit, sebab dia adalah PWP punya item masa aku beli barang di Watson beberapa hari lepas. Rasa nak ambil tu sebab dia dalam tube. Sebelum-sebelum ni, aku beli yang dalam botol kaca tu.

Review, overall aku berpuas hati dengan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation ni. Selain foundation ni, aku pakai juga day cream cetaphil dan Matte Primer Rimmel London sebelum tenyeh foundation ni. Lepas tu, luar sekali aku sapukan nipis-nipis je Maybelline Clear Smooth All In One Loose Powder. Siap.

Ha tu je lah yang aku pakai sekarang, pakai lipstick sikit. Zaman make up beria siap bronzer blusher semua tu dah stop dulu buat masa ni. Malas dan rimas sebab pakai pelitup muka. Huhu..

Apa pengajaran dapat dari entry ni?
Tak ada. Saja up post mengisi masa lapang weehehehee..

Post a Comment

20 Comments

  1. dulu pakai jugak foundation, pas tu x pakai dah. yg ni ok ek? leh try nanti

    ReplyDelete
  2. waduh, teringat muka yg dah lama tak pakai makeup huhuhu

    ReplyDelete
  3. Make-up beria sangat nanti facemask yang comot huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Ammi penah cuba pakai maybelline. Naik jerawat muka. Ni x pakai maybelline pun berjerawat sepanjang masa gara2 pakai mask. Ngada2 pulak kulit dia diumur2 gini

    ReplyDelete
  5. ok..nak cuba nanti... susah nak jumpa foundation yang betul betul in...

    ReplyDelete
  6. Saya pun pakai maybelline fit me ni. Beli dalam botol kaca. Jenis tube ni mudah bawa travel. Memang betul betul fit me. Paling selesa pakai dan sesuai dengan kulit.

    ReplyDelete
  7. Hehe. Lama tak pakia foundation sejak kena pakai mask. Ok jugak fit me ni, memang banyak good review

    ReplyDelete
  8. tak pernah cuba pula maybelline yang ni. jarang pakai foundation..hehe

    ReplyDelete
  9. agree.. saya pun pakai foundation ni..memang best sangat kat face kita..tak melekit dan bercapuk..just nicee..

    ReplyDelete
  10. Fit Me ni antara foundation yang serasi dengan saya. Tapi, dulu biasa beli yang dalam botol tu.

    ReplyDelete
  11. pondesen ni SA belikan untuk Dania je...dia kalau tanya nak beli ke tak...memamg sampai ke sudah x kan jawab...kalau beli dia pakai je

    ReplyDelete
  12. tak pernah pakai foundation...

    ReplyDelete
  13. Saya pengguna foundation nihh..Nona guna code 110-Porcelain...Dahlama try, memang serasi dengan kulittt..Best! Hihi..

    ReplyDelete
  14. Pernah pakai . Memang best . Rasa ringan tak bercapuk

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.